Sunday, January 23, 2011

JEMPUTAN WALIMAH


ASSALAMUALAIKUM SEMUA SAHABAT...

Sorry la , dah lama tak update blog.. busy sgt la.. disini, saya ingin menjemput kalian utk hadir ke majlis saya di seremban..datang, jangan tak datang tau...

Tuesday, December 28, 2010

Baru Ku Tahu....

Genap sudah 7 bulan aku menamatkan pelajaran sambil memegang segulung ijazah. Keletihan menanggung beban pelajaran berakhir sudah. Bermula episod baru selaku seorang siswazah untuk berbakti kepada masyarakat. Dulu, ketika masih belajar, aku lihat, sungguh ramai ikhwah dan akhwat yg gugur di tengah jalan (bukan kena langgar or kemalangan, tapi futur dari dakwah), rata2 berpunca dari bebanan kerja dan desakan keluarga.. Terlintas juga difikiran aku ni, " ape lah Akh fulan tu, tu pon tak boleh nak lari ke dari kerja. bagi alasan yg kerja banyak sangat la, tak dapat cuti la, alasan tak syarie' langsung..Kan dakwah lagi penting !! "... " apalah masalah akh B ni, tak kan dakwah family tak settle lagi kot..kan dah susah nak pg program dakwah.. suruh je dia duduk jauh dari family..kan senang.." ....

Ini antara pandangan aku sebagai seorang pelajar dulu terhadap ikhwah/akhwat yang sudah berkerja dan berkeluarga.. Sekarang, baru ku tahu.. Alam pelajar dan bekerja memang berbeza dan banyak cabaran.. Selepas tamat belajar, bermulalah episod pencarian kerja yang sesuai.. sekarang ni, dah la zaman susah nak cari kerja..lagi2 kerja yg sesuai dan mudah supaya dapat komitmen dgn dakwah..lagi susah nak cari.. 3-5 bulan pertama selepas graduat, adalah waktu yg paling kritikal sekali terutama dari sudut kewangan. Kalau dulu, ada la duit sikit baik dari PTPTpu, JPA,MARA dll..tapi lps grad, duit nak cekau mane???..kalau x bersedia dari awal, sure gugur punyo... Alhamdulillah, atas perancangan yg rapi sebelum grad, aku dapat juga kumpulkan duit untuk menampung perbelanjaan selama 4 bulan selepas grad.. Syukur pada Allah sebab bagi idea untuk kumpul duit..

Kalau sesetengah ikh/akhwt yg tak da masalah dgn kewangan, mereka mungkin akan ada msalah dengan keluarga.. " kau ni dah habis belajar, bila lagi nak bagi mama duit? mama nak juga rasa duit kau..ni tak, asyik mama dan papa je yang bagi kau duit.."... " ni skng dah habis belajar, cari kerja dekat kawasan rumah je..jgn pergi jauh2 lagi..dah la dulu kau belajar sampai kat perlis tu, kerja pon x kan nak cari jauh2 lagi.."..lagi kesian kalau..." awak tak kesian kat mak dan abah ke? abah ni selalu sakit, awak kerja jauh..kalau jadi ape2 pada abah mcm mane? sape nak uruskan?"..waaaa..tension nyeeee...

Itulah dilema yang dihadapi oleh ikhwah/akhwat yg dah grad... Itu yang sedang aku alami sekarang ni... Tapi x pe..aku relex je.. Tapi aku kesian dgn ikhwh/akhwt yg x mampu utk bertahan.. Nasihat aku kepada mereka yg masih belajar tu, alam pelajar tidak sama dgn alam bekerja.. alam pelajar adalah persediaan utk kita berhadapan ke alam pekerjaan dan ke masyarakat.. Jadi,bersedialah dari sekarang baik dari sudut kewangan ataupon mental kalian.. Kalian akan mendapat tekanan yg sangat berat kalau tidak bersedia dari sekarang....

Sunday, December 19, 2010

Excellence without SOUL...


Excellence without SOUL adalah sebuah buku yang telah ditulis Harry Lewis. Beliau adalah seorang professor di Harvard University selama 30 tahun dan seorang dekan fakulti selama 8 tahun. Sape yang tidak kenal dgn Harvard Uni. Sebuah universiti yg tua, hebat, dan hanya org2 yg bijak sahaja layak utk menjejakkan kaki utk belajar di sini. Buku ini di tulis berdasarkan pengalaman beliau memerhatikan pelajar2 dan bekas pelajar Harvard universiti ini. Excellence without soul ataupun kejayaan tanpa tarbiyah ruhiyah.

Apa yg ingin di beritahu oleh Harry adalah berkenaan dengan subuah universiti yang hebat tetapi GAGAL melahirkan pelajar yang mampu membantu membangunkan modal insan dan hanya mementingkan diri sendiri. Excellence without soul, How a great university forgot education.....

Cuba kita lihat dalam konteks universiti di malaysia.. ape yg telah berlaku kepada semua mahasiswa dan pensyarah di malaysia.. Berlumba-lumba untuk menghasilkan journal yang ada high impact dan level international. tetapi, apa manfaatnya untuk rakyat malaysia dan umat islam khususnya? apa manfaat nya buat journal, tp yg dapat nama hanya mereka, UMAT DAPAT APE?

Inilah kesan kejayaan yang dicapai tetapi tidak punya ruh dan 'izzah dgn islam. Hanya mementingkan diri sendiri..biasalah, nak kejar jawatan professor, professor madya dan nk naik pangkat dengan cepat..Semua itu adalah kejayaan peribadi dan mementingkan diri sendiri. Umat bukan nya dapt ape pon dari research yg mereka buat.

Excellence without soul = tarbiyah ruhiyah


Tarbiyah ruhiyah merupakan element yg sgt penting pd semua org. Dengan tarbiyah ruhiyah ini, kita akan merasakan diri ini kerdil dan lemah, serta merasakan penghambaan kepada Allah tuhan sekalian alam. Jiwa yg kuat dapat mengawal segala tingkah laku kita. Yang paling penting, dgn tarbiyah ruhiyah ini, kita merasakan segala yg kita lakukan adalah untuk menegakkan agama Allah dan membantu ummat..Bukan pentingkan diri sendiri.. Hasil daripada analisis Harry Lewis terhadap alumni Harvard Uni, ia mendapati, kebanyakan alumni ini mengalami masalah tekan jiwa dan kebanyakan daripada mereka sukar mendapatkan pekerjaan. Semua ini adalah disebabkan mereka tiada kekuatan jiwa. Kepada semua, teruslah berkhidmat untuk ummat islam, sumbangkan segala penyelidikan kalian untuk membantu islam, jgn pentingkan diri sendiri...

Monday, December 6, 2010

Beginilah Cara Allah Mentarbiyah HambaNya

Sungguh nikmatnya apabila dapat hidup didalam hidayah Allah. Jika dulu, sebelum dapat mengecapi hidayah dari Allah, sering kali hati ini merasa resah dan gelisah. Ada sahaja kebimbangan yang membelenggu hati. Semakin lama melayari bahtera dakwah bersama duat, semakin banyak yang aku pelajari, dan semakin banyak tarbiyah yang aku terima. Didalam saff dakwah ini, aku banyak mempelajari cara untuk berhadapan dengan manusia, baik dari segi menjadi seorang penasihat, guru atau pun tempat  ikhwah melepaskan tension. Dengan ini juga, aku dapat mempelajari physiology manusia, dan sedikit sebanyak dapat mentarbiyah diriku.

Aku seorang yang mudah marah dan panas baran. Ni bukan aku cakap,tapi ikhwah yang cakap. Tapi, Allah Maha Hebat. Allah datangkan pada aku ikhwah2 yang mempunyai sifat macam aku untuk aku kendalikan.Akhirnya, aku mampu mengawal kemarahan dan banyak bersabar dengan kelakuan ikhwah2. Begitulah cara Allah mentarbiyah kita.


Ada juga sesetengah ikhwah yang sukar menerima pendapat dan suka berdebat. Jadi, Allah datangkan kepada mereka ikhwah2 dan kawan2 yang sukar menerima pendapat dan suka berdebat juga. Apa tujuannya? Supaya mereka boleh memperbaiki kelakuan meraka apabila mereka berasa tertekan bila berhadapan dengan orang sebegini. Dan akhirnya, mereka boleh berlapang dada dan menjauhi perdebatan.
Begitula cara Allah mentarbiyah kita.

Kita akan didatangkan oleh Allah orang2 yang mempunyai kelakuan-kelakuan yang buruk seperti yang kita ada. Kita akan terus diuji oleh Allah dengan kelakuan mereka sehingga jelas oleh Allah kita boleh merubah sikap kita. Selagi kita tak berubah, kita akan terus diuji.  Beginilah Cara Allah Mentarbiyah HambaNya...Jangan suka menyalahkan orang lain, kerana, kita juga berkelakuan seperti mereka...Jadi, berubahlah !!