Sunday, August 22, 2010

CINTA ....Proaktif atau Reaktif ???

Cinta, satu persoalan yang sering menghantui semua orang. Adakah cinta yang diterima atau yang diberi betul-betul suci dan ikhlas? Kadang-kadang aku melihat, kawan2 yg telah bercinta sgt lama, tapi akhirnya putus apabila pernikahan bakal berlangsung. Tak kurang juga, ada juga sahabat yang telah menikah, tetapi usia pernikahannya tidak dpt bertahan lama. Kenapa semua ini berlaku? Adakah mereka sudah bosan bercinta? ataupun, tiada lagi perasaan cinta yg ingin dipersembahkan?



Proaktif Atau Reaktif ?

Cinta, apakah ia subuah proaktif atau reaktif? apa itu proaktif ? Apa itu reaktif?
"saya sudah tiada perasaan kepada isteri saya lagi" kata abu
"awaak ada berapa anak?" tanya Dr.Love
"2 org" balas abu
"jadi, Cintailah dia" jawab Dr.Love
" tapi, saya tidak cintakan dia lagi, perhubungan kami hambar" keluh abu
"jadi, CINTAI lah dia" jawab Dr.Love sekali lagi.."Kita kena buat segala pengorbanan untuk menyintai dia, Kita berusaha mendatangkan kembali bibit2 cinta kepada isteri kita, itu dinamakan PROAKTIF. " ulas Dr.Love.


PROAKTIF ialah, kita perlu berusaha untuk menyintai dan melakukan segala pengorbanan untuk menyintai dan meraih semula cinta.

Manakala, REAKTIF adalah suatu tindak balas yang berlaku berdasarkan suasana sekeliling kita.
"Mat, lawa lah awek tu, aku rasa seperti aku dah jatuh cinta pada dia" kata seekor buayadarat.
Dari mata turun ke hati, itu lah yang dipanggil REAKTIF.
REAKTIF adalah perasaan yang hadir kerana ada unsur persekitaran yang merangsang.




Baiti Jannati Atau Baiti Narr ?






Cinta yang tidak ikhlas akan mendatangkan bencana. Lain yang diharapkan, lain yang kita dapat. Rumah ku syurga ku yang kita harapkan, tapi Rumah Ku Neraka Ku yang kita dapat. Bagaimana ingin dilakukan lagi, jika pernikahan yang diidamkan jika tiada lagi perasaan cinta terhadap pasangan masing2. Lebih malang lagi, jika perkahwinan itu adalah perkahwinan paksaan. Si perempuan terpaksa menerima Si lelaki kerana ingin menjaga perasaan org yang telah menjodohkan mereka dengan alasan mereka itu lebih sekufu (sefikrah). Terpaksa menerima dan terpaksa menjaga hati org lain akan menyebabkan rumahtangga yang terbina akan binasa. Tiada kejujuran didalam pernikahan, itu puncanya sebuah pergolakan.

Entahlah, kenapa segala persoalan ini sering bermain di fikiran aku. mengharapkan sesuatu yg ideal ,suatu yang mustahil. Dengan siapa aku perlu kahwin? kenapa mesti dia? Adakah ia akan mendatangkan kebahagiaan kepada aku jika pernikahan itu tidak didasari rasa cinta dan terpaksa? .......

Sunday, August 15, 2010

Berkongsi, Suatu Keseronokan ....

Apakah erti sebuah kejayaan??

Apa guna kita mendapat kejayaan didalam pelajaran jika kita tidak berkongsi kejayaan dengan orang lain? Itu dipanggil kejayaan peribadi. Apa gunanya jika kita telah merasai nikmat kemanisan Iman, jika kita tidak mahu berkongsi kemanisan yang kita dapat dengan orang sekeliling kita?

Fitrah makhluk ciptaan Allah, mereka suka berkongsi.
"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari" (27:18)

Lihat sahaja bagaimana seekor semut yang sayangkan rakan2 mereka daripada dipijak oleh bala tentera Nabi Sulaiman. Inilah sikap suka berkongsi yang ada pada seekor semut yang telah Allah kurniakan.

Bagaimana dengan kita. Adakah kita telah lakukan seperti seekor semut dalam surah al-naml ayat 18 diatas? Pernahkan kita cuba menyelamatkan umat yang sedang rosak ini? Pernahkah kita cuba memberi seperti apa yang kita dapat kepada orang sekeliling kita? Mampukah kita menumpahkan kejayaan yang telah kita kecapi kepada anak2, dan keluarga kita? Itulah persoalan-persoalan yang akan terlintas di kepala kita jika kita tidak mahu untuk berkongsi.

Ia perlu dimulakan sekarang....Jika tidak sekarang, bila lagi?  jika tidak kita , siapa lagi?

Dakwah Fardiyah melatih sifat suka berkongsi. 


Nak berkongsi bukannya mudah. Ia perlukan latihan dari semasa ke semasa. Bagi yang suka berkongsi, ia tidaklah menjadi suatu masalah, tapi, bagi yang memang jenis pendiam, tidak pandai cakap banyak dan suka memendam perasaan, nak berkongsi bukanlah suatu yang mudah. Dakwah fardiyah merupakan medan utk kita melatih sifat perkongsian. Kita akan berkongsi kebahagiaan dengan mereka yang kita cuba dekati terutama mad'u(objek dakwah).

Cuba bayangkan, segala ilmu yang kita perolehi sepanjang hidup ini baik didalam halaqah/usrah, ceramah dan seminar, kemana kita akan tumpahkan? Rugilah kita kerana ilmu yang kita perolehi hanya akan menjadi beku dan mungkin menjadi sampah busuk yang tidak berguna lagi. Dakwah fardiyah yang dilakukan oleh rasulullah adalah untuk berkongsi dengan umat islam ketika itu berkenaan dengan ayat quran baru yang diturunkan, hukum2 baru dan yang paling penting sekali, rasulullah ingin menyelamatkan umat daripada terus rosak. Semua ini dilakukan dengan dakwah fardiyah atas desakan dari sifat ingin berkongsi. 

Para sahabat sekalian,

Ramai dari kalangan pendakwah yang dahulunya sangat hebat ketika berdakwah di kampus, tetapi menjadi futur (lemah). Ini adalah disebabkan kerana mereka berdakwah hanya disebabkan faktor luaran. Faktor luaran yang saya maksudkan disini ialah mereka berdakwah kerana melihat masyarakat rosak semata-mata,dan merasakan dakwah adalah satu sunnah yang perlu diutamakan.

Cuba bayangkan, jika 2 tahun lagi masyarakat tidak lagi rosak, adakah releven utk kita berdakwah lagi?
Cuba bayangkan, jika selepas tamat belajar, kita sudah berumah tangga, pada mase itu, dakwah keluarga juga perlu diutamakan. Adakah kita kekal hebat seperti dulu?

Bagi seorang daie, sepatutnya, kesedaran utk berdakwah perlulah dimulakan dari dalam diri kita. Ia dipanggil Internal fact (faktor dalaman). Ia datang dari kesedaran dalam hati kita. Kesedaran daripada perasaan ingin berkongsi kebahagiaan dengan orang lain. Itu lah yang akan memacu kita untuk terus kekal istiqamah dijalan dakwah.

Akhir kata, IA PERLU DIMULAKAN DARI DALAM

Friday, August 13, 2010

Menyusahkan....

"zul, nanti petang tolong bentang sikit projek yang kita buat tu pada 2 org student PSM (FYP) saya" Dr Huda menelefon aku.

Ptg itu lepas solat jumaat, aku terus ke makmal aku untuk menunggu 2 org student Dr Huda.
Tetiba , masuk 2 org student perempuan, sorang dari iraq, sorang lagi budak cHina. Aku ingatkan , student Dr Huda tu lelaki melayu la, tapi , pelajar asing.. Bederau darah aku dibuatnya. Nampaknya aku kena bentang projek aku ni dalam b.inggeris la ni.. Alamak !!!!

Hampir sejam kami berbincang, ternyata, mereka tidak berapa memahami B.I yang aku tuturkan. Aku cuba juga menggunakan B.I yg mudah. Aku beberapa kali memohon maaf kerana lemahnya aku dalam B.I.

Memang menyusahkan betul. Ape yg aku benci, itu yang aku dapat. Kenapa la aku ni memang x minat B.I. dah macam2 cara aku cuba utk meminati B.I, tapi , makin benci pulak pd B.I..ermmmmm

ada tips?????

Thursday, August 12, 2010

kenapa tidak aku ???

Satu message aku terima dari seorang rakan mengenai sahabat kami telah ditimpa kemalangan petang tadi. Keadaan mereka agak kritikal dan telah menyebabkan sahabat kami telah ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). Bulan lepas, kami dikejutkan mengenai sahabat kami yang berada di sarawak yang telah terlibat dalam kemalangan buat kali kedua dan telah menyebabkan kakinya patah ditempat yang sama seperti kemalangan yang pertama berlaku.

Kenapa mereka diuji sebegini hebat? Kenapa tidak aku ? Adakah kerana Allah tidak mahu memandang ku? Adakah Allah murka pada ku.

Orang yang beriman akan selalu di uji. Antara tanda Allah cintakan seseorang adalah Allah akan bagi ujian kepada mereka. Kenapa tidak aku? Ya Allah, aku bukan mengharapkan Kau menguji ku seperti Kau menguji sahabat ku, tetapi , aku mengharapkan perhatian Mu terhadapku. Adakah aku tidak layak diuji oleh Mu ya Allah? Adakah ujian yang aku terima hanya sekadar demam dan pening kepala?

Semakin besar ujian seseorang, Allah akan menaikkan mereka kedarjat yg lebih tinggi, jika mereka berjaya mengharungi nya.

Ya Allah, jika aku akan diuji oleh Mu, Kau tingkatkan iman aku ya Allah. Kau benarkan aku mengharunginya dengan sabar dan tabah. Kau jadikan Aku redha dengan segala Ujian Mu ya Allah. Aku hanya megharapkan redha Mu dan kurniakan aku nikmat Syurga mu Ya Allah......

Tuesday, August 10, 2010

INATEX 2010...pencapaian


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kami telah dianugerahkan kemenangan. 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa. Usaha selama ini bertungkus lumus untuk menyiapkan projek ini utk pertandingan INATEX terbalas juga. Penyampaian hadiah dilakukan oleh Dato NC. selepas majlis penyampaian hadiah, Dato NC terus pergi melawat tapak pameran kami, beliau kelihatan sungguh teruja dengan projek kami yg telah menang itu. Penerangan projek di berikan oleh ketua projek kami, iaitu Dr Sevia. Dato NC sempat juga memberi idea supaya projek ini dapat di komersialkan. Buat pengetahuan semua, projek kami ini sudah ada syarikat yang berminat dan ingin menolong kami utk dipasarkan ke pasaran. Selain itu juga, projek2 kami juga telah di patent kan dan telah ada copyright. Ini bermaksud, jika ada mane2 pihak ingin meniru projek kami ini, mereka perlu mendapatkan kebenaran kami dahulu.

Saturday, August 7, 2010

INATEX ( INDUSTRIAL ART AND TECHNOLOGY EXHIBITION 2010)


INATEX merupakan pertandingan @ pameran yang dianjurkan oleh UTM (universiti Terbaik Malaysia) bertujuan mengenengahkan hasil-hasil ciptaan pensyarah2 dan mahasiswa UTM.  Pada tahun ini (2010), sebanyak 157 penyertaan dari pelbagai fakulti bagi mempersembahkan hasil rekaan,dan kajian mereka.

Ini merupakan kali pertama aku menyertai INATEX ini. Memandangkan ini kali pertama aku menyertai INATEX, pengalamannya sangat menarik. Alhamdulillah, produk yang kami buat selama ini telah menarik minat banyak syarikat untuk membelinya. Pengorbanan siang dan malam menyiapkan projek ini ternyata tidak sia-sia. Petang ini, dato naib canselor UTM akan datang melawat booth peserta, dan aku harapkan, dato NC dapat melawat booth kami.

Apa yang menyeronokkan aku adalah, kebanyakan pengunjung adalah warga asing. So, aku kena lah cakap bahasa inggeris. Mula2 tu gegil juga nak cakap, tapi akhirnya, timbul komfidenn pulak. Hehe.. rasa seronok pulak nak speking walaupun inggeris aku berterabur..

sebuah pengalaman yang menarik...

nama projek kami : WIRELESS WATER METER SYSTEM