Sunday, July 25, 2010

Anak Halaqah ku Terbang lagi....

ermm.. Cuti semester baru sahaja melabuhkan tirainya . Ikhwah dan akhwat baru 2 minggu memulakan semester baru mereka. Ada yang datang dengan azam baru, dan ada yang datang tanpa matlamat dan tujuan yang ingin dicapai untuk semester ini. Kepada ikhwah dan akhwat yang telah mendapat result semester lepas yang tidak memberansangkan, sudah pasti mereka akan berusaha untuk meningkatkannya. Kepada yang telah memperolehi result yang baik semester lepas, sudah pasti juga, mereka akan memastikan result mereka tidak jatuh.

Cuti semester cukup-cukup memberikan ujian yang sangat hebat kepada ikhwah dan akhwat. Ujian yang dihadapi oleh mereka tidaklah sehebat ujian yang dialami oleh Bilal b Rabah yang bertarung nyawa untuk mempertahankan islam.Tapi, Ikhwah kita hanya diuji dengan result/pointer yang jatuh,dan family menghalang sahaja. Itu pun sudah cukup untuk membuatkan mereka meninggalkan nikmat tarbiyah. Itu lah kualiti umat islam pada zaman ini, terlalu lemah sehinggakan baru diuji dgn akademik dan keluarga sudah sanggup utk meninggalkan dakwah.

Seperti semester2 sebelum ini, kali ini anak halaqah ku sudah tiga orang menarik diri dari menyertai halaqah. Aku tidak tahu lagi apa nak buat dgn mereka ini, sudah dipujuk, tapi mereka masih tegar dgn keputusan mereka. Aku hanya mampu mendoakan kebaikan mereka dan mengharapkan mereka tidak akan terus tersesat. Sebagai seorang murobbi mereka, sudah pasti aku rasa sedih, tapi apa blh buat, mereka yang memilih utk keluar.

Aku mengharapkan Allah akan mengantikan mereka dgn anak halaqah ku yg lagi ramai utk semester ini...

Monday, July 12, 2010

SURAT SEORANG MUROBBI...

assalamualaikum...

Kehadapan ikhwah yg ana kasihi sekalian. Surat ini ana tujukan kepada antum selaku teman seperjuangan ana amnya, dan sebagai mutarobbi ana khususnya. Tujuan ana menulis surat ini adalah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ana selama ini. Ana harap antum tidak terguris hati atas apa yang akan perkatakan ini. Ana bukanlah orang yang layak untuk menasihati antum kerana ana juga sering melakukan kesilapan, tapi ,ana perlu juga menyatakannya selaku seorang murobbi.

akhiku....

Ana bersyukur kerana kita masih lagi dipertautkan hati oleh Allah diatas jalan ini.Ukhwah yg terbina atas taqwa dan iman ini telah banyak membantu dan mengajar ana erti mengenal Allah.Tapi akhi, Semakin lama kita berada dijalan ini, semakin banyak kita akan diuji. Sebagai seorang muslim, itulah yang akan kita harungi. Itulah sunnahtullah. Kita pasti akan diuji. Ada kalanya kita akan diuji dengan pelbagainya sikap ikhwah. Ada juga akan diuji dari sudut akademik, dan tidak kurang juga diuji dengan kemewahan. 

akhi yg ana sayangi...

Ana rasa sangat sedih dengan sikap antum. Ana menghabiskan masa ana untuk bersama-sama mentarbiyah antum. Tapi, ana lihat antum semacam tidak bersungguh-sungguh pula untuk ditarbiyah. Ana bukan mahu menggungkit semua yang telah ana beri, tetapi, ana rasa macam sia-sia je yg ana buat untuk antum. Ana tahu ana bukanlah seorang murobbi yang terbaik untuk antum. Sememangnya ana tidak layak untuk mentarbiyah antum, tapi, antum adalah amanah yang telah ikhwah serahkan kepada ana untuk ditarbiyah. Dimanakah silapnya? Jika ana yang silap, Maafkan ana.

Teguran ana ini ana dasarnya dan bukannya semberono je. Cuba antum ingat kembali apa tugasan yang ana bagi pada waktu cuti semester lepas. Ada antum buat? Tugasan yang ana bagi adalah sangat mudah. Cuma perlu sms pada ana Mutaba'ah ibadah (follow-up ibadah) yang antum buat. sms kurang dari 5 sen je. bermacam-macam alasan diberi. Tiada kredit la, hp rosak la dan byk lagi. Bila ana msg antum, sorang pon tiada yang respon. Ana msg tanya antum bile balik kampus, antum tak jawab. ana tanya bilik antum dimana, antum tak balas, ana call, antum tak angkat. Kenapa akhi, apa sebenarnya masalah antum? Orang yang ditarbiyah sepatutnya tidak akan memberikan banyak masalah kepada ikhwah lain. Tapi antum macam sengaja memberi masalah kepada ikhwah.

ikhwah fillah sekalian....

Kita sudah berukhwah sangat lama. Sering tidur, makan dan bermusafir bersama. Sudah bertahun-tahun kita berukhwah. Tapi, kenapa apabila ada orang menyebarkan fitnah terhadap ikhwah kita, terhadap jalan yang kita ikut bersama-sama ini, antum terus sahaja percaya tanpa tabayyun (analisis dan pastikan) dahulu. Padahal antum baru sahaja mengenali orang tersebut. Kenapa akhi ????? Seolah-olah antum menganggap kami ini hina sehina-hinanya...

Jalan dakwah ini memerlukan orang yang berkomitmen. Orang yang bersedia untuk korbankan diri, masa, jiwa dan harta untuk menegakkan kalimah tauhid. Antum berada didalam soff ini adalah hidayah dari Allah. Setiap zarah tidak akan bergerak, melainkan atas perintah Allah. Begitu juga antum, dipilih untuk berada di soff ini atas kehendak Allah. Pasti ada kelebihan yang ada pada antum yang Allah nak antum bantu dakwah.

Jika antum tidak mampu untuk meletakkan komitmen kepada dakwah 100%. Letaklah berapa yg antum mampu. Yang penting, antum sudi bantu dakwah. Dakwah ini bukannya tempat yang ekslusif, tempat orang yang terpilih sahaja, tapi , ia sebuah jamaah yang inklusif. Semua orang layak masuk untuk menyertainya.


Akhir kata dari ana akhi, antum kena kuatkan semangat antum. Jangan sesekali berasa lemah disebabkan ujian2 yang kita boleh hadapinya. Ana harap antum boleh tsabat dijalan ini. wallahua'lam....


yang benar,

lagenda cuculebai

Thursday, July 8, 2010

lotih nyo....

Pergh..letih nye...  minggu-minggu yang meletihkan. Letih menunaikan amanah kepada kerja, letih menunaikan amanah kepada dakwah, dan letih menunaikan amanah kepada keluarga. Rasa macam dah fed-up je buat semua ini. Aku ingat, lepas grad ni, tak da lah sibuk sangat, sebab mungkin masa yang lapang tu banyak. Ye la, tak perlu lagi pikir pasal study, assignment, dan test, tapi, rupa-rupanya, bila dah grad ni, lagi sibuk pulak. Kadang2 tu macam rasa nak pilih diantara 2 je, sama ada dakwah @ kerja/study. Kalau pilih dakwah, kena korbankan kerja, kalau pilih kerja, x perlu buat kerja dakwah...... Kalau pilih dakwah, tapi tolak kerja, nanti nak makan, pakai duit sape? ???????

Kalau dulu ketika belum lagi grad, aku sering dengar gejala keciciran dikalangan ikhwah dan akhwat yang baru grad. Bila grad je, pasti akan ada yang menghilangkan diri tanpa khabar berita, kalau ada berita pon, mereka akan bagi jawapan yang mereka tak mahu ikut dakwah lagi. Masa tu aku rasa yang mereka ni tak pikir panjang dan bodoh. Adakah mereka tidak merancang masa hadapan mereka dengan baik?...ermmm..Allah sahaja yg tahu..

 Baru aku tahu sekarang, betapa susahnya nak cari kehidupan selepas grad ni. Tambahan pula, nak kena bagi komitment terhadap dakwah . Ada 2 cara kita nak nilai sejauh mana komitmen seseorang pendakwah tu, kalau dia dapat harungi kedua-dua cabaran ini, insyaAllah,  dia mampu jadi seorang mujahid. 1st, mampu berkomitmen selepas grad/ tamat belajar, dan 2nd, mampu berkomitmen selepas bernikah. Macam mane la komitmen aku ni, mampu tak aku harungi kedua-dua hambatan ini. Rasa letih gilerrrr dan tension sangat bila dibebankan dengan dua tugas yang berbeza.

Kalau nak mengeluh dan ceritakan kepada manusia, tak semua akan paham, silap-silap akan dicop 'BODOH' oleh mereka yang tidak memahami tugas aku. Nak mengadu pada Allah, tahajud dan qiam susah nak bangun. Nak ke Allah terima doa orang yang jarang berqiamulail? ermmmm.. ontahlah..

Aku pernah berjanji pada diri aku yang aku akan terus memperjuangkan agama Allah ini sehingga aku syahid. 'agi hidup, agi gelaban'(betul tak?), selagi aku hidup , aku akan terus berjuang. Itulah moto aku, moto yang sering menjadi penguat kepada aku utk terus istiqamah di jalan ini.

Cuba bayangkan bagaimana sebuah rumah boleh dibina. Nak bina sebuah rumah yang cantik dan mampu memberikan keselesaan kepada penghuninya....Buruh yang membina rumah tu mesti letih giler punya, buat ketika panas terik, tak ramai boleh tolong, dan kadang-kadang, si buruh akan mengalamai kecederaan...Tapi itu semua untuk siapa? untuk keselesaan si penghuni rumah itu juga nanti. Kesusahan,keletihan,kesakitan dan kegembiraan kita bersama-sama didalam dakwah ini adalah untuk memberi kesenangan dan keselesaan generasi akan datang. Kesusahan, keletihan dan ke'tension'nan yang kita alami ketika ini hanyalah bersifat sementara. Allah akan membalasnya diakhirat kelak dengan ganjaran syurga.


“Rasulullah s.a.w. ditanya tentang seorang lelaki yang berperang kerana keberanian, seorang lagi kerana
fanatik perkauman dan yang ketiga kerana menunjuknunjuk; yang mana satukah di jalan Allah? Rasulullah
s.a.w. menjawab: Sesiapa yang berperang agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi, maka dialah yang berjihad di jalan Allah.
(Riwayatnya disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim)

p/s : kepada yang belum grad, rancanglah perjalan hidup anda. Rancang dengan teliti supaya dakwah & tarbiyah kita tidak menjadi korban.

insyaAllah, aku akan berkongsi tips utk merancang masa hapadan nanti....tungguuuuuuuuuuuuuuu

Thursday, July 1, 2010

semakin MENGEMBANG...

Usai solat isyak, seperti kebiasaannya aku akan membaca quran untuk mencari ketenangan. Tiba-tiba datang seorang tua kepada ku. "anak ni budak baru disini ke? tak pernah nampak sebelum ini" tanya pak cik tu.
"ye pak cik. Baru grad dari UTM dan sekarang ni baru kerja sebagai penyelidik kat UTM je".Aku cuba menjelaskan kpd pak cik tu.

"So, skng ni duduk dengan 'orang rumah ke'?, duduk jalan brape?" tanya pak cik tu lagi..
"saya bujang la pak cik. Duduk dgn kawan2 dekat depan rumah Haji Mat".

Pak cik tu seperti terkejut dan terus memandang aku dari atas ke bawah. katanya aku seperti orang sudah kawin. KEMBANG... Aku hanya mampu tersengeh je la.
Pak cik tu sudah berumur 67 tahun, tetapi masih sihat dan cergas.  Sebelum pak cik tu balik, dia sempat mengingatkan aku supaya menjaga kesihatan seawal muda ini, kalau tidak menyesal nanti.
........................................................................................................................
"Adol, awak ape khabar? semakin kembang nampak" tanya seorang pensyarah sambil dia mengusap perut aku ketika kami bertemu di fakulti tempoh hari..
"biasalah DR. Rezeki anak-anak..haha" aku cuba menjawab dgn selambanya.. Walaupun tidak kahwin lagi, tapi tu lah jawapan yang sering aku sebut.."biasalah, Rezeki anak-anak"..

........................................................................................................................
Itulah hakikatnya. Apabila duduk didalam dakwah ini, aku lihat semakin ramai ikhwah yang mengalami pengembangan bentuk tubuh termasuk aku. Lagi2 kepada yang dah nikah, comfirm akan kembang punya. Kalau diikutkan logik akal, sepatutnya ikhwah tidak akan mengalami pengembangan tubuh badan,bahkan akan kurus mcm tak cukup makan, Mana tidaknya, dakwah ni kan susah, meletihkan dan memenatkan. Cuba kita lihat kehidupan para sahabat, rata2 mereka tidak cukup makan dan kebanyakan duit mereka diinfaqkan. Tapi, terbalik pulak jadinya. Semakin lama kita didalam dakwah, kita akan semakin 'kembang'. (cuba lihat ikhwah disekeliling anda).


Ana dulu 'sportman' dan kerap melakukan senaman. Tapi, bila duduk dalam dakwah ni, makin susah pulak nak bersenam. Bukan disebabkan oleh dakwah ini, tapi ana dah malas nak bersenam. ye la, malamnya nanti ada usrah , lepas tu , usrah buat sampai subuh pulak tu. So, petang kena rehat.Takut tertido dalam usrah. Dakwah telah merampas segalanya. Dulu kurus, sekarang dah 'kembang'. Malu oooo.

Tapi, kalau dihayati wajibat seorang al-akh yang digariskan oleh Hasan al-banna, kita sebagai seorang akh perlu menjaga kesihatan dan pemakanan. Kalau kesihatan tidak dijaga, macam mana kita nak buat dakwah nanti, sakit jantung la, kencing manis la, gaut la dan macam2 lagi penyakit yang tidak mustahil akan terkena kepada kita diusia muda ini. Imam Hasan Al-banna menyebut "Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. Anda hendaklah mengambil berat aspek kekuatan dan penjagaan badan serta jauhkanlah daripada segala punca yang melemahkan tubuh badan".

Jangan kita sering memberi alasan yang kesibukan kita menyebabkan kita susah untuk bersenam. Tubuh badan kita juga ada hak dan kita perlu menjaga hak tubuh badan kita untuk lebih sihat. Jangan kita suka mengatakan " ana dulu boleh jogging 2.5 km dalam masa 12 minit, tapi sekarang ni, 100 meter pon lotih". Kita perlulah menjaga kesihatan kita walaupun kita sudah tua.

Kesimpulan yang boleh aku buat adalah, semakin 'kembang' seorang akh itu, bermakna semakin seronok dia buat kerja dakwah.. Jaga lah kesihatan anda dan, JAGALAH  SAIZ  BADAN ANDA  SEBELUM IA MENGEMBANG DAN BILA SUDAH MENGEMBANG , SUSAH NAK SUSUT LOO..nanti menyesal