Sunday, June 27, 2010

CUTI..Apakah kesudahannya???

Assalamualaikum semua. Cuti semester hampir melabuhkan tirainya kurang dari dua minggu. Sebelum cuti semester bermula dahulu, ramai yang menanamkan azam dan perancangan untuk diri sendiri dan keluarga. Ada yang merancang untuk menambahkan pengetahuan agama, membaca buku2 dakwah dah harakah, menghafal al-quran, dan banyak lagi perancangan yang telah dirancang sebelum cuti semester bermula. Masih ingat lagi perancangan anda????

Apa sudah jadi dengan segala perancangan yang telah direncanakan sebelum ini? adakah kita melakukan semua perancangan itu, ataupun hanya melakukan separuh sahaja, ataupun ia lansung tidak dilakukan. Jika ia tidak dilakukan, dimanakan silapnya? apa yang telah kita lakukan sepanjang cuti semester kali ini? Bagaimana dengan muhasabah ibadah kita (mutaba'ah ibadah). Adakah ibadah yang kita lakukan mempunyai kualiti yg sama seperti ketika kita berada dikampus, ataupun lebih baik lagi? Ataupun juga kualitinya lebih buruk dan teruk lagi?

Jika ketika dikampus dahulu, kita akan sering memberi alasan kesibukan belajar,kuliah, assignment, dan ujian sebagai hambatan untuk melakukan (wajibat seorang al-akh/ukht). Kita akan mengatakan yang kita tidak punya cukup masa untuk membaca quran disebabkan kuliah sangat padat.Kita juga akan memberi alasan kerana tidak sempat melakukan qiamulail dan solat subuh berjamaah di awal waktu kerana kita tidur lewat menyiapkan tugasan dan study. Tapi itu semua di kampus.

Sekarang kida telah berada dirumah. Tidak ada assignment yang diberikan, tidak ada homework, dan tidak ada ujian yang diberikan oleh pensyarah kita. Tapi kenapa kualiti ibadah kita masih teruk dan menghampakan? apa yang telah kita lakukan sepanjang cuti kali ini? apa yang telak kita lakukan dalam masa 24 jam dalam sehari dan 7 hari dalam seminggu? bagaimana dengan segala hafalan hadis 40 dan hafalan quran kita? adakah telah menampakan peningkatan????

Tepuk dada tanya iman. Segala perubahan adalah bermula dengan diri kita sendiri. Kita yang akan merubah sikap kita, dan bukannya orang lain yang akan merubah sikap kita. Jangan menyalahkan persekitaran kita diatas segala kemalasan kita. Ingatlah wahai pemuda, JIKA KALIAN TIDAK DAPAT MERUBAH DIRI DAN SIKAP KALIAN, NESCAYA UMAT INI JUGA TIDAK AKAN MAMPU DIUBAH OLEH KALIAN.. JADILAH GENERASI PENGANTI, DAN BUKANNYA GENERASI YANG DIGANTI...

Thursday, June 24, 2010

"PASUKAN TRONOH"...dalam kenangan

  Assalamualaikum kepada semua sekalian.. ini hanya sekadar analisis ana sahaja. Harap boleh berlapang dada (hehe, sedap je suruh org berlapang dada).... mintak baca sampai habis dahulu....

   keputusan piala dunia 2010
PERANCIS (1) VS  (2) AFRICA SELATAN
ITALI          (2)  VS  (3) SLOVAKIA

  Mesti kalian ingat lagikan yang Perancis merupakan naib juara piala dunia 2006, manakala Itali pula adalah juara piala dunia 2006... Apa yang menariknya, edisi piala dunia 2010 ini, Itali dan Perancis tidak layak untuk memasuki pusingan kedua, bahkan telah dimalukan oleh pasukan yang tak kuat dan kerdil terutama sekali pasukan Slovakia. Perancis dan Itali telah dibarisi pemain-pemain yang bergelar bintang. Tapi, ternyata mereka sangat menghampakan serta mempunyai corak permainan yang sangat teruk. Berlagak 'star' je lebih mereka ni....

   Memang tu la hakikat dunia ini, biasanya pasukan yang kerdil dan tidak ternama mempunyai semangat dan semangat juang yang tinggi. Mereka semua berjuang bukan untuk nama, tapi mereka berjuang untuk mendapatkan kemenangan. Pangkat, populariti, dan sanjungan masyarakat bukan menjadi tujuan utama, tetapi, kemenangan serta dapat mengangkat nama negara mereka kemata dunia adalah agenda mereka. Walaupun, mereka pasukan kecil, tapi jangan dipandang remeh....

Apa kaitannya dengan dakwah????

Masih ingat lagi dengan 'Pasukan' yg telah dibentuk di madrasah tronoh ? sebuah 'pasukan' yg kecil, tetapi mempunyai keahlian dan pemain yang sungguh bersemangat. Tidak pernah kenal erti letih. Walaupun 'pasukan' kecil, tetapi mereka telah menggemparkan 'pasukan2' yang jauh lebih besar dan sudah lama wujud. 'pasukan2' yang sudah lama wujud itu bukan tidak pernah menggunakan tektik yang digunakan oleh 'pasukan tronoh', bahkan, mereka juga mempunyai pemain2 dan jurulatih yang cukup hebat dari segi tektikal dan sumber kewangan yang sangat stabil. Bukan susah pun, apabila mereka mahu adalakn latihan ketempat yang jauh, tak perlu keluar duit pun, hanya perlu klim je dgn 'pasukan' mereka. Akhirnya, mereka menghasilkan pelapis dan pemain yang malas nak berinfak dan hanya tau klim je.... Jika mereka merasakan yang 'pasukan' kecil ini semakin hebat permainannya dan semakin disanjung oleh masyarakat, habis segala fitnah dikeluarkan untuk meraih kembali sokongan masyarakat terhadap mereka.

Macam mana 'pasukan tronoh' ini boleh menghasilkan pemain2 yang sungguh bersemangat?  Pasukan ini telah dipimpin oleh seorang doktor, bahkan tiada 'lesen' pun nak kemudi sebuah pasukan. Tetapi, disebabkan semangat nak mengembalikan kegemilangan dakwah di malaysia ini, dia telah membentuk jiwa2 muda dan telah melatih pemain2 dengan pelbagai tugas yang sukar. Mana tidak nya, mereka lah pemain,merekalah 'kerani, merekalah 'akauntan', merekalah juga 'tukang buat air'. Akhirnya, si 'pengurus' itu mampu menghasilkan dan membentuk pemain yang mampu melakukan banyak perkara diusia muda. Setiap kali mengadakan latihan dan bermain dimerata tempat, bukan mereka dapat gaji atau elaun pun, bahkan mereka pula yang terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan. Alangkah seronoknya berada didalam pasukan ini.

"baik awak semua ikut 'pasukan' kami, 'pasukan' kami diiktiraf oleh 'FIFA'.." pujuk seorang ustaz yang merangkap pengendali 'pasukan' lain.
"maaf la ustaz, kami selesa memilih pasukan yang mendapat talaqi langsung dari mesir" ujar 'captain' kami.
"apa !! 'pasukan' itu tidak diiktiraf. dan...........bla........(fitnah)" sambung ustaz tu...
"x pe la ustaz..bukan masuk neraka pon, sekurang-kurangnya, x da lah mereka memfitnah orang lain...." jawapan yg selamba dari 'captain' kami...

Itulah realiti semasa. Membeli pemain dengan memfitnah 'pasukan' lain.

Seperti permainan bola yang sebenar. Pasti akan ada musim perpindahan pemain dari satu pasukan ke pasukan yang lain. Ada yang berpindah disebabkan kontrak sudah tamat, ada juga yang berpindah kerana dibeli dan ada juga yang berpindah kerana sudah tiada ketidak fahaham lagi dengan pihak pengurusan. Tidak kurangnya juga yang meminta untuk bersara awal. Begitu juga dengan dakwah, ada yang sentiasa bertukar jemaah kerana sudah bosan dengan jemaah yang mereka sedang ikut, ada juga yang berpindah kerana cuba mencari perubahan dan ada juga yang berpindah kerana telah mendengar fitnah yang dilemparkan oleh pihak luar yang tidak senang dengan kejayaan orang lain dan cuba untuk 'MENCURI' hasil didikan orang lain. Itulah realiti yang berlaku.......

Begitu juga dengan kami, perpindahan kami ingin mencari pembaharuan kepada 'pasukan' kami. Perpindahan ini ingin mencari pembaharuan dan menyertai 'pasukan' yang sudah kukuh dan mempunyai sistem yang baik. 'Pasukan' yang baru kami sertai ini mempunyai jurulatih dan pihak pengurusan yang mempunyai 'LESEN' dan kepakaran yang sangat2 kami tagih selama ini. Segala ilmu dan pengalaman yang kami perolehi di 'pasukan tronoh'  akan kami serap dan amalkan kedalam 'pasukan' baru kami. Pengorbanan, komitmen yang tinggi dan tidak akan memberi alasan didalam apa jua situasi merupakan pelajaran dan tarbiyah yang baik yang telah kami perolehi dahulu... Kepada pihak pengurusan lama kami iaitu 'pasukan tronoh', ingatlah, perpindahan kami ini kerana kami cintakan kalian dan kami sayangkan kalian. Hanya ini yang kami mampu lakukan. Doakan perjuangan kami....

"komitmen dalam dakwah adalah dengan banyak mencari jalan untuk memperkuat dan hadir program dakwah, bukannya dengan mencari alasan dalam tidak melaksanakan perintah dakwah.....Andaikata jalan yang dicipta tidak berhasil, Ingatlah, Allah melihat usaha dan pekerjaan kita.." (Dr Abu Muhammad )

Wednesday, June 23, 2010

alif lamm mim raa...ALMARI ?

ketika di Matrikulasi n9 dahulu...........

Hazim baru pulang dari kuliah. Tapi dia agak pelik sikit hari ni. Masuk-masuk bilik je, terus tersengeh macam kerang busuk.
"apahal kau tersengeh-sengeh ni zim?"aku menyapa hazim.
"tadi aku ada kelas pendidikan islam. Biasalah, 2 minggu sekali, 3 orang pelajar kena mengaji depan ustaz Nasir."luah Hazim sambil tersengeh-sengeh lagi.
"la tak kan kena mengaji pun ko nak tersengeh-sengeh?" tanya aku kebingunggan.
"bukan sebab tu la... td ada seorang budak perempuan kena mengaji.. alif lamm miim raa. kau ingat dia baca ape?"tanya Hazim kepada aku... "mana la ku tau.."jawab aku..
"dia sebut ALMARI..haha memang sengal la budak tu" jelas Hazim sambil tergelak besar.
aku menelan air liur.." kalau aku baca agaknya sebut ape ye?" aku bermonolog seorang diri. Tapi disebabkan nak cover yang aku pun x tahu baca quran, aku pun gelak sekali.haha....

"ada x budak lain sebut MEJA ke, KERUSI ke atau Cawan? haha.. bodoh giler budak perempuan tu. Ni mesti x pernah mengaji ni" aku gelak sambil terguling-guling....

Dah puas kami gelak, aku tanya Hazim. "apasal pulak ustaz tu suruh mengaji? ada ujian mengaji ke?" ..aku ketakutan sebab aku sudah lama berhenti mengaji. Majlis membaca Surah Yasin pada hari Khamis pun aku x pergi baca, ni kan nak baca quran. Tak pernah terfikir dikepala hotak aku.

"memang kena mengaji pun dan nanti akan ada test mengaji. Kau mungkin kena semester depan sebab kau tak ambik pendidikan islam semester ni" Hazim menjelaskan kepada aku...perghhh, selamat aku semester depan. kalau x, sure malu giler aku. sempat belajar lagi ni..

"agaknya, semester depan,mesti ada lagi budak baca ALMARI, silap-silap dia baca ALTROMEN...haha" sambung Hazim sambil gelak.. aku hanya mampu tumpang gelak sekali sambil memikirkan nasib diri ku ini...
..............................................................................................................................
"Mat, aku nak mintak tolong ni. Tapi malu pulak" aku memintak pertolongan roommate aku yang sorang lagi. Mat ni budak surau dan selalu ajak aku pergi surau. Soleh la nampaknya.
"nak tolong ape? boleh je, jgn risau" sambut Mat.
"aku,aku..... nak mintak tolong kau ajarkan aku baca quran. Aku dah lama berhenti baca quran..Ada lah 5 tahun kot aku x baca langsung quran.. semester depan ada test quran, aku takut aku x dapat baca, sure malu giler aku depan awek2 solehah kat kuliah aku punya..haha" terang aku pada Mat.
"bukan ke dulu kau pernah sekolah agama dari form 1-3?" tanya Mat.. aku hanya mampu tersenyum dengan senyuman tersipu-sipu bak seorang gadis...
"la..tu je? InsyaAllah boleh. nanti kau ingatkan aku..takut lupa" terang Mat.
"ok bro"..

Itulah kenangan aku di Matrikulasi N9 dulu.. hampir setiap hari aku belajar mengaji quran dengan Mat. Kalau dia busy, Mat mintak aku belajar dengan kawan baik dia yang merangkap imam surau kolej kami. Asalnya belajar sebab nak test, tapi akhirnya, jadi seronok pulak mengaji ni. Walaupun lidah ni keras, tapi aku terus mencuba sampai boleh. Ada kala aku menangis sebab mengenangkan nasib diriku ini ketika membaca quran. Bukan sebab paham dengan quran, tapi sebab susah nak sebut huruf quran...

Tibalah saat kelas pendidikan islam semester berikutnya.. Aku bersyukur sebab, ustaz yang aku dapat ni, tak suruh kami baca quran depan kelas, tapi baca secara personal kat bilik dia. Tak da lah aku malu dengan budak perempuan kelas aku..haha

"awak sekolah mana? ada belajar tajwid?" tanya ustaz sewaktu ujian mengaji depan dia..
"sekolah teknik di kampung. belajar tajwid yang mudah2 je" terang aku nak selamatkan diri. Kalau aku bagi tau yang aku pernah sekolah agama, dia bagi ayat2 yang susah nak baca. lepas tu, sure tanya soalan tajwid yang pelik-pelik punya.. helah nak selamatkan diri...haha
..Akhirnya, aku lepas ujian dengan bangganya...

Tapi, pelajaran ku tidak terhenti untuk ujian quran di matrikulasi sahaja. Aku semakin mencintai untuk mempelajari quran. Aku memasang tekad untuk terus mempelajari quran. Antara usaha yang aku lakukan seperti membeli CD tajwid quran. aku belajr sendiri2 sambil bertalaqi dengan CD shj.

Aku menerima tawaran menyambungkan pelajaran di sebuah Universiti tersohor di selatan malaysia. Aku terus memasang tekad untuk menghadiri mana2 kelas tajwid untuk memperdalamkan lagi bacaan aku dan sempat bertalaqi dengan beberapa ustaz selama setahun. Akhirnya, aku mampu membaca sendiri dan sekarang ini, aku sudah berani untuk mengajar beberapa orang sahabat dan junior aku. Walaupun aku tak lah pandai mana nak baca, tapi sekurang-kurangnya, aku berusaha nak mengajar orang dengan ilmu yang aku pelajari. Kalau aku boleh buat, kenapa orang lain tak boleh buat? Sia-sia lah belajar quran, tapi tak nak ajar orang lain. Kalian akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. Berapa ramai budak Universiti yang tak tahu baca quran. Mereka semua malu. Kitalah yang kena mencari mereka untuk mengajar mereka. Jangan terlalu ego dengan diri kita ni. "ala, kalu dia nak belajar, dia lah yang kena datang kepada aku.. bukan aku yang datang kepada dia.."bentak seorang sahabat sekolah agama.


Aku akan meneruskan usaha ini dan aku akan memberitahu kepada mereka bahawa membaca quran amat menyeronokkan dan menenangkan jiwa. Alangkah indahnya apabila semua orang tahu, Al-quran merupakan tempat memperoleh ketenangan. Alangkah indahnya, mereka juga mengetahui, Al-quran mampu memberikan penyelesaian apabila kita memerlukan..


wassalam..
24 jun 2010
7.34 am

Tuesday, June 22, 2010

KATA DAH BERUBAH ?? TAPI TAK MASIH TERUK....

"dah solat lum?" aku bertanya adik perempuan ku Hurul,
"belomm" dengan selamba dijawab oleh  Hurul.
"dah pukul berapa ni ? pergi solat !! jap lagi aku letup tv tu". aku memarahi Hurul.
mama hanya memandang dari dapur perbuatan aku terhadap adikku Hurul.

"ni sorang lagi, malam2 keluar, siang tersadai depan tv. Pergi solat!! dengan kau pon aku libas nanti". aku memarahi seorang lagi adik lelaki aku, Omi.

"kau ni along, cuba cakap elok2 dengan adik-adik, " mama menegurku. " kau cakap kau dah berubah, tapi mama tengok kau ni macam dulu lagi, cakap tak pernah nak sopan, asyik buat orang sakit hati je, jangan ingat kau dah cukup baik sangat sampai kau nak hina adik2." sambung mama lagi. Perkataan 'kau' memang sudah biasa digunakan kami di rumah, nak buat macam mane, mama orang melaka, kasar sikit bahasa nya, tapi mama orang yang lembut.

Aku tersentak dengan kata2 mama tadi. Sedikit sebanyak ia telah membuatkan ku terdiam berfikir sejenak. Apakah tarbiyah yang ku terima selama ini sia-sia? Bukan sekali aku di tegur, bahkan banyak kali.

"akhi, ana lihat anta ni, kalau cakap dengan ikhwah, kasar sangat. Nanti ikhwah kecik hati pulak" tegur akhi zainal......

    kalau diikutkan hati ni, nak je aku keluar halaqah, asyik kena tegur je dengan ikhwah dan family. Rasa diri ni tak layak dan hina pulak dengan teguran mereka. Aku takut, kalau aku terus duduk dalam dakwah ni, nanti aku akan membawa budaya yang tidak baik kepada semua ikhwah. Itu lah perasaan yang sering bermain difikiran aku tiap kali ditegur.

"kau ni hanya pandai tegur orang je, tapi diri sendiri masih teruk" tegur seorang classmate kepada aku. Wah, makin berapi hati ni.

    Usai solat zuhor, aku duduk bermuhasabah diri di surau kolej ku.Teringat tazkirah seorang akh yang menceritakan kisah amirul mukminin Umar al khattab.(ceritanya lebih kurang macam ni lah. tak tepat sangat) ..Pada suatu hari, apa bila Umar sedang berjalan melihat rakyatnya, tetiba, ada seseorang yang menegur Umar dgn berkata, "bertaqwalah kamu kepada Allah wahai Umar". Seorang sahabat yang mengiringi Umar bingkas marah dengan sikap orang tu yang sungguh berani menegur Umar sebegitu. Lantas dia meminta kepada Umar untuk memancung orang tersebut. Umar lantas memarahi semula sahabatnya itu dan membenarkan kata-kata orang yang menegurnya itu. Umar mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menegurnya tadi.
  
    Ini lah sikap seorang amirul mukminin ,apabila ditegur tatkala tidak melakukan apa2 kesalahan, dia menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Bahkan boleh lagi memaafkan  orang tersebut. Ini lah sikap yang ingin kita terapkan kepada semua orang yang telah ditarbiyah dengan tarbiyah islam. Sikap berlapang dada dan menerima teguran dengan hati terbuka ini yang islam ajarkan kepada kita.

    Jangan mudah melatah apabila ditegur walaupun kita memang tidak melakukan apa2 kesalahan. Cuba kita muhasabah kembali diri kita, tanpa teguran yang dilakukan, sudah pasti banyak kesilapan-kesilapan yang akan kita lakukan. Segala teguran yang kita dapat dari seseorang mengambarkan dia sayangkan kita. Berfikir secara positiflah terhadap teguran tersebut.

   Apa yang aku alami tidak mematahkan semangatku untuk terus berdakwah terutama sekali kepada keluarga ku. Adapun sikap mereka tidak menerima dakwahku bukan disebabkan oleh mereka sendiri, tetapi, ia disebabkan oleh aku yang terlalu cepat ingin meraih hasilnya. Sikap tegas dan garangku adalah kerana aku ingin cepat melihat mereka menerima tarbiyah islam. Itu merupakan cara yang bagi ku tidak tepat terhadap keluargaku. Bagi ku, ini merupakan suatu kebaikan kepada ku untuk aku terus berdakwah kepada keluarga ku dengan kesabaran dan penuh hikmah. Dengan sedikit kesabaran ku ini, aku berjaya untuk menarik seorang adik ku untuk menerima tarbiyah dan dia sedia untuk berubah. Aku masih ada 4 orang adik lagi yang wajib aku dakwahi. Doakan kejayaan berdakwah kepada keluargaku ini.

Monday, June 21, 2010

assalamualaikum...nak tukar angin je....

     Salam ukhwah buat semua yang melayari blog ini. Tujuan ana buat blog ni kerana ana tiada tempat nk luahkan apa-apa pandangan dan perasaan ana je. Ana banyak je tulis luahan, teks pengisian dan sebagainya, tapi tak da tempat nk publish kan. Ana banyak simpan kat desktop je. Sebelum ni ana banyak sebarkan fikrah melalui tazkirah yang di sampaikan dikolej-kolej, ceramah-ceramah apabila dijemput dan didalam Halaqah ana sendiri. Tapi sekarang ni, ana dah tak bagi tazkirah lagi kat kolej-kolej sebab dah kena 'band'. Ceramah @ pengisian pon ana dah tak bagi lagi sebab dah malas dan asyik buat kontroversi je. So, ana dah tak ada tempat untuk sebarkan fikrah dan pandangan ana.
    So, ana harap disinilah tempat yang sesuai untuk ana sampaikan pandangan ana.. Ana harap takda la orang yang kecik ati dengan ana nanti. Ana akan upload segala pengisian dan curhat yang ana pernah buat dulu. Tapi sikit-sikit la dulu ye.

Aku Tidak Layak.......

   Mengimbau kembali kenangan waktu mula-mula di tarbiyah dulu.. kenapa aku yang dipilih untuk menerima tanggungjawab sebagai pendakwah. Padahal aku adalah manusia yang sering melakukan maksiat kepada-NYA. Sepatutnya, jalan ini dipikul oleh orang-orang yang suci je. Adakah ini merupakan salah satu cara yang Allah ilhamkan pada aku supaya mudah aku menebus segala dosa-dosa aku ? ini lah perkara yang
sering bermain difikiran aku. Kalau keluar dari dakwah, sape pulak nak tarbiyah aku? Makin teruk la aku nanti.. silap-silap jadi setan aku nanti.

  Tapi kenapa masih ada lagi orang yang sudah duduk dalam tarbiyah ni tetapi masih boleh meninggalkan dakwah ini tanpa memikirkan apa natijah yang akan  berlaku pada diri mereka nanti. Kadang-kadang sedih juga hati ini memikirkan berapa ramai yang gugur dimedan dakwah ini. Gugurnya mereka bukan kerana ditekan oleh pemerintah, ditangkap oleh CIA dan dihukum, tetapi , mereka gugur adalah disebabkan perasaan ‘inferiority complex’ ataupun rasa rendah diri. Rasa rendah diri bukan sebab tawadu’, tetapi, rasa diri tidak layak dan rasa diri terlalu hina dan kotor. Mereka bukannya tidak tahu, dan telah diberitahu banyak kali bahawa disebabkan kita ini terlalu banyak buat dosa dan bermaksiatlah kita kena duduk dalam tarbiyah dan ditarbiyah oleh murobbi dan naqib kita. Bukannya mengambil jalan pintas dengan melarikan diri dan mengasingkan diri dari jalan ini. Sebenarnya , orang yang tidak duduk dalam tarbiyahlah yang merupakan orang yang paling layak dan imannya terlalu hebat.  Nak buat macam mana, syaitan memang bijak. Kalau boleh diberi gelaran kerana sudah terlalu lama mengenali dan menyesatkan manusia,  sudah pasti si syaitan mempunyai beribu dan berjuta gelaran Phd,master,degree dan diploma.  Mereka memang pakar menyesatkan manusia dari jalan Allah ini.

" kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari
kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka
bersyukur (taat)."(QS: al-a’raf: 17)


"dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan
kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak),
lalu mereka benar-benar memotongnya[351], dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan
Allah), lalu benar-benar mereka meubahnya[352]." Barangsiapa yang menjadikan syaitan
menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata."
(QS: an-nisa: 119)


Kedua-dua ayat diatas mengambarkan yang syaitan ini kan terus menyesatkan manusia. Tetapi, untuk para pendakwah, syaitan yang akan datang kepada mereka adalah syaitan yang mungkin memegang gelaran ‘master’ atau ‘Phd’.  Jika masyarakat umum,syaitan yang akan melalaikan mereka mungkin dari golongan ‘prebet’ saje kot. Sedarlah wahai sahabatku sekalian, syaitan itu bijak dan mereka bijak dalam menyesatkan manusia. Kita harus tahu apa kelemahan kita yang dengan mudah untuk syaitan menggoda kita. Kita harus mengenali diri kita dimana kelemahan kita. Sebagai contoh, jika seorang ikhwah boleh tergugat imannya dengan memandang kepada akhawat, sudah pasti , itu lah titik kelemahan nya. Jika seseorang akhawat mudah
terguris dengan teguran oleh akhawat lain disebabkan perlakuannya ataupun teruknya ‘mutaba’ah ibadahnya’, sudah pasti,itu juga merupakan titik kelemahannya. Itulah sebabnya kita harus tahu apakah cara untuk menangkis segala perasaan atau lintasan hati yang tidak baik itu dengan ber”ta’awuz” seperti yang difirmankan
oleh allah dalam quran.  "Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah
kepada Allah (membaca A'udzubillahi minasy-syaithaanir-rajiim)"(al-a'raf:200).



Ingatlah, hanya itu sahaja cara kita berlindung dari godaan syaitan jika kita sering mengalami lintasan hati berupa memikirkan perkara maksiat, perasaan yang jahat dan perasaan ingin meninggalkan jalan dakwah ini.
Ber”ta’awuz”lah ya akhi wa ukhti.