Tuesday, September 28, 2010

Ini Bukan kerja Part Time Bro!!

Artikel ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang bergelar seorang DAIE sahaja.....


Setiap hari kita digemparkan dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh umat kita masa kini. Gejala pembuangan anak2, pembunuhan dan rasuan semakin menjadi wabak masa kini yang semuanya dihadapi oleh manusia terutama kepada mereka yang bergelar islam. Kenapa semua ini boleh berlaku? padahal, dakwah di Malaysia ini sudah lama bertapak. Pelbagai jemaah dakwah telah didirikan untuk memperbaiki masyarakat. Tetapi, kerosakan masyarakat semakin menjadi-jadi.

Sungguh sedih perasaan ini apabila memerhatikan gejala ini. Ini semua berpunca dari sikap pendakwah itu sendiri. Sesetengahnya yang menyertai dakwah hanya untuk mendapat nama, gelaran dan tidak kurang juga yang ingin mengejar pangkat dan jawatan. Tidak kurang juga pendakwah yang hanya berdakwah bila ada kelapangan masa sahaja. Sering juga kita mendengar terdapat perbalahan yang timbul diantara satu jemaah dgn jemaah yang lain. Padahal, mereka membawa risalah yang menjadi rahmat untuk seluruh alam. Macam mana nak dapat rahmat jika tidak bersatu. Bersatu disini bukannya bersatu jadi satu jemaah, tetapi, bersatu diatas dasar untuk merubah masyarakat. Jika jemaah A ingin melakukan sesuatu program untuk kebaikan masyarakat, sepatutnya jemaah B perlu menyokong kebaikan yang dilakukan oleh jemaah A. Baru masyarakat dapat di perbaiki...!!! ini mungkin hanya harapan....

Yang paling penting disini, apa yang aku nak kongsi bersama-sama adalah sikap pendakwah. Merasakan yang dakwah ini hanya kerja Part time dan hanya dilakukan bila masa free shj. Tidak hairan lah apabila masyarakat kita makin rosak. Sikap malas yang menyelubungi pendakwah akhirnya di balas oleh Allah dengan meningkatnya kerosakan Umat. Kadang2 tu rasa sedih juga melihat sikap ini yang dihadapi oleh pendakwah.

Disini aku meyeru dikau wahai pendakwah.. Marilah kita membuang sikap buruk ini hari ini, tika ini, saat ini.. JIKA TIDAK SEKARANG, BILA LAGI ??? BERUBAHLAH WAHAI SAHABAT..... semua ini untuk kemuliaan islam.. bangkitkan kembali singa yang tidur...

2 comments:

  1. kalau ada fungsi 'like' macam fesbuk, awal2 lagi ana dah 'like' tulisan antum ni.

    benar. pendakwah perlu berubah. bagaimana nak mengubah masyarakat kalau pendakwah pun masih di takuk lama.

    layakkah mengharapkan perpaduan dan keharmnoian dalam masyarakat andai pendakwah sendiri asyik berbalah, menyebar fitnah dan bergaduh sesama.

    bukan sahaja masyarakat yang sakit, pendakwah juga ada penyakit yang perlu diubati dahulu.

    ReplyDelete
  2. ayuh kita jadi agen perubah.. seperti apa yg tertulis didalam manual dakwah kampus(thullab IPT pny), AGENT OF CHANGE moto kami..

    ReplyDelete