Sunday, December 19, 2010

Excellence without SOUL...


Excellence without SOUL adalah sebuah buku yang telah ditulis Harry Lewis. Beliau adalah seorang professor di Harvard University selama 30 tahun dan seorang dekan fakulti selama 8 tahun. Sape yang tidak kenal dgn Harvard Uni. Sebuah universiti yg tua, hebat, dan hanya org2 yg bijak sahaja layak utk menjejakkan kaki utk belajar di sini. Buku ini di tulis berdasarkan pengalaman beliau memerhatikan pelajar2 dan bekas pelajar Harvard universiti ini. Excellence without soul ataupun kejayaan tanpa tarbiyah ruhiyah.

Apa yg ingin di beritahu oleh Harry adalah berkenaan dengan subuah universiti yang hebat tetapi GAGAL melahirkan pelajar yang mampu membantu membangunkan modal insan dan hanya mementingkan diri sendiri. Excellence without soul, How a great university forgot education.....

Cuba kita lihat dalam konteks universiti di malaysia.. ape yg telah berlaku kepada semua mahasiswa dan pensyarah di malaysia.. Berlumba-lumba untuk menghasilkan journal yang ada high impact dan level international. tetapi, apa manfaatnya untuk rakyat malaysia dan umat islam khususnya? apa manfaat nya buat journal, tp yg dapat nama hanya mereka, UMAT DAPAT APE?

Inilah kesan kejayaan yang dicapai tetapi tidak punya ruh dan 'izzah dgn islam. Hanya mementingkan diri sendiri..biasalah, nak kejar jawatan professor, professor madya dan nk naik pangkat dengan cepat..Semua itu adalah kejayaan peribadi dan mementingkan diri sendiri. Umat bukan nya dapt ape pon dari research yg mereka buat.

Excellence without soul = tarbiyah ruhiyah


Tarbiyah ruhiyah merupakan element yg sgt penting pd semua org. Dengan tarbiyah ruhiyah ini, kita akan merasakan diri ini kerdil dan lemah, serta merasakan penghambaan kepada Allah tuhan sekalian alam. Jiwa yg kuat dapat mengawal segala tingkah laku kita. Yang paling penting, dgn tarbiyah ruhiyah ini, kita merasakan segala yg kita lakukan adalah untuk menegakkan agama Allah dan membantu ummat..Bukan pentingkan diri sendiri.. Hasil daripada analisis Harry Lewis terhadap alumni Harvard Uni, ia mendapati, kebanyakan alumni ini mengalami masalah tekan jiwa dan kebanyakan daripada mereka sukar mendapatkan pekerjaan. Semua ini adalah disebabkan mereka tiada kekuatan jiwa. Kepada semua, teruslah berkhidmat untuk ummat islam, sumbangkan segala penyelidikan kalian untuk membantu islam, jgn pentingkan diri sendiri...

3 comments:

  1. Assalamualaikum, bagus buku ini. Boleh berikan cadangan di mana saya boleh dapatkan buku ini?

    ReplyDelete
  2. kenak (kenapa) excellence without soul = tarbiah ruhiyah.
    ndak (x) sama tu.

    ReplyDelete
  3. mmg maksud x same..tapi dari ape yg cuba diketengahkan oleh penulis adalah berkenaan org yg bijak, tp jiwa kosong..so maksudnya , mrk perlukan tarbiyah ruhiyah..tarbiyah jiwa

    ReplyDelete