Sunday, August 15, 2010

Berkongsi, Suatu Keseronokan ....

Apakah erti sebuah kejayaan??

Apa guna kita mendapat kejayaan didalam pelajaran jika kita tidak berkongsi kejayaan dengan orang lain? Itu dipanggil kejayaan peribadi. Apa gunanya jika kita telah merasai nikmat kemanisan Iman, jika kita tidak mahu berkongsi kemanisan yang kita dapat dengan orang sekeliling kita?

Fitrah makhluk ciptaan Allah, mereka suka berkongsi.
"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari" (27:18)

Lihat sahaja bagaimana seekor semut yang sayangkan rakan2 mereka daripada dipijak oleh bala tentera Nabi Sulaiman. Inilah sikap suka berkongsi yang ada pada seekor semut yang telah Allah kurniakan.

Bagaimana dengan kita. Adakah kita telah lakukan seperti seekor semut dalam surah al-naml ayat 18 diatas? Pernahkan kita cuba menyelamatkan umat yang sedang rosak ini? Pernahkah kita cuba memberi seperti apa yang kita dapat kepada orang sekeliling kita? Mampukah kita menumpahkan kejayaan yang telah kita kecapi kepada anak2, dan keluarga kita? Itulah persoalan-persoalan yang akan terlintas di kepala kita jika kita tidak mahu untuk berkongsi.

Ia perlu dimulakan sekarang....Jika tidak sekarang, bila lagi?  jika tidak kita , siapa lagi?

Dakwah Fardiyah melatih sifat suka berkongsi. 


Nak berkongsi bukannya mudah. Ia perlukan latihan dari semasa ke semasa. Bagi yang suka berkongsi, ia tidaklah menjadi suatu masalah, tapi, bagi yang memang jenis pendiam, tidak pandai cakap banyak dan suka memendam perasaan, nak berkongsi bukanlah suatu yang mudah. Dakwah fardiyah merupakan medan utk kita melatih sifat perkongsian. Kita akan berkongsi kebahagiaan dengan mereka yang kita cuba dekati terutama mad'u(objek dakwah).

Cuba bayangkan, segala ilmu yang kita perolehi sepanjang hidup ini baik didalam halaqah/usrah, ceramah dan seminar, kemana kita akan tumpahkan? Rugilah kita kerana ilmu yang kita perolehi hanya akan menjadi beku dan mungkin menjadi sampah busuk yang tidak berguna lagi. Dakwah fardiyah yang dilakukan oleh rasulullah adalah untuk berkongsi dengan umat islam ketika itu berkenaan dengan ayat quran baru yang diturunkan, hukum2 baru dan yang paling penting sekali, rasulullah ingin menyelamatkan umat daripada terus rosak. Semua ini dilakukan dengan dakwah fardiyah atas desakan dari sifat ingin berkongsi. 

Para sahabat sekalian,

Ramai dari kalangan pendakwah yang dahulunya sangat hebat ketika berdakwah di kampus, tetapi menjadi futur (lemah). Ini adalah disebabkan kerana mereka berdakwah hanya disebabkan faktor luaran. Faktor luaran yang saya maksudkan disini ialah mereka berdakwah kerana melihat masyarakat rosak semata-mata,dan merasakan dakwah adalah satu sunnah yang perlu diutamakan.

Cuba bayangkan, jika 2 tahun lagi masyarakat tidak lagi rosak, adakah releven utk kita berdakwah lagi?
Cuba bayangkan, jika selepas tamat belajar, kita sudah berumah tangga, pada mase itu, dakwah keluarga juga perlu diutamakan. Adakah kita kekal hebat seperti dulu?

Bagi seorang daie, sepatutnya, kesedaran utk berdakwah perlulah dimulakan dari dalam diri kita. Ia dipanggil Internal fact (faktor dalaman). Ia datang dari kesedaran dalam hati kita. Kesedaran daripada perasaan ingin berkongsi kebahagiaan dengan orang lain. Itu lah yang akan memacu kita untuk terus kekal istiqamah dijalan dakwah.

Akhir kata, IA PERLU DIMULAKAN DARI DALAM

3 comments:

  1. kawan ana kata orang tamak selalu untung

    ReplyDelete
  2. kalau semua ajar org, nanti novelty project ko org curik dow

    ReplyDelete
  3. ada ilmu, tapi x nak kongsi, itu zalim.. so ape kene buat, ada idea or ilmu, kena pattern dula la nampaknya.. takut org ciplak

    ReplyDelete