Sunday, August 22, 2010

CINTA ....Proaktif atau Reaktif ???

Cinta, satu persoalan yang sering menghantui semua orang. Adakah cinta yang diterima atau yang diberi betul-betul suci dan ikhlas? Kadang-kadang aku melihat, kawan2 yg telah bercinta sgt lama, tapi akhirnya putus apabila pernikahan bakal berlangsung. Tak kurang juga, ada juga sahabat yang telah menikah, tetapi usia pernikahannya tidak dpt bertahan lama. Kenapa semua ini berlaku? Adakah mereka sudah bosan bercinta? ataupun, tiada lagi perasaan cinta yg ingin dipersembahkan?



Proaktif Atau Reaktif ?

Cinta, apakah ia subuah proaktif atau reaktif? apa itu proaktif ? Apa itu reaktif?
"saya sudah tiada perasaan kepada isteri saya lagi" kata abu
"awaak ada berapa anak?" tanya Dr.Love
"2 org" balas abu
"jadi, Cintailah dia" jawab Dr.Love
" tapi, saya tidak cintakan dia lagi, perhubungan kami hambar" keluh abu
"jadi, CINTAI lah dia" jawab Dr.Love sekali lagi.."Kita kena buat segala pengorbanan untuk menyintai dia, Kita berusaha mendatangkan kembali bibit2 cinta kepada isteri kita, itu dinamakan PROAKTIF. " ulas Dr.Love.


PROAKTIF ialah, kita perlu berusaha untuk menyintai dan melakukan segala pengorbanan untuk menyintai dan meraih semula cinta.

Manakala, REAKTIF adalah suatu tindak balas yang berlaku berdasarkan suasana sekeliling kita.
"Mat, lawa lah awek tu, aku rasa seperti aku dah jatuh cinta pada dia" kata seekor buayadarat.
Dari mata turun ke hati, itu lah yang dipanggil REAKTIF.
REAKTIF adalah perasaan yang hadir kerana ada unsur persekitaran yang merangsang.




Baiti Jannati Atau Baiti Narr ?






Cinta yang tidak ikhlas akan mendatangkan bencana. Lain yang diharapkan, lain yang kita dapat. Rumah ku syurga ku yang kita harapkan, tapi Rumah Ku Neraka Ku yang kita dapat. Bagaimana ingin dilakukan lagi, jika pernikahan yang diidamkan jika tiada lagi perasaan cinta terhadap pasangan masing2. Lebih malang lagi, jika perkahwinan itu adalah perkahwinan paksaan. Si perempuan terpaksa menerima Si lelaki kerana ingin menjaga perasaan org yang telah menjodohkan mereka dengan alasan mereka itu lebih sekufu (sefikrah). Terpaksa menerima dan terpaksa menjaga hati org lain akan menyebabkan rumahtangga yang terbina akan binasa. Tiada kejujuran didalam pernikahan, itu puncanya sebuah pergolakan.

Entahlah, kenapa segala persoalan ini sering bermain di fikiran aku. mengharapkan sesuatu yg ideal ,suatu yang mustahil. Dengan siapa aku perlu kahwin? kenapa mesti dia? Adakah ia akan mendatangkan kebahagiaan kepada aku jika pernikahan itu tidak didasari rasa cinta dan terpaksa? .......

8 comments:

  1. nasihat utk teman yg masih bujang,
    cinta itu ada, ia wujud akhi. Seandainya kamu punya rasa cinta, kejarlah ia. Kerana islam punya ruang untuk cinta yang dilandasi syariat. Beranikan dirimu, suarakan rasa hatimu pada murabbimu. Jika tiada rasa cinta, maknanya ia belum hadir, kerna ia dalam perjalanannya akhi.
    siapapun akhi akan nikahi, pastikan dia akhwat akhi!!ada tarbiyah dan sama fikrah..pasti bahagia!!

    barakallah!!! ramadhan kareem

    ReplyDelete
  2. perkahwinan sefikrah, adakah ia menjamin kebahagiaan?

    ReplyDelete
  3. bila sefikrah,bermakna sehaluan, sepemikiran...inshaAllah sama tujuan...jadi inshaAllah xde pertelingkahan..maka perkahwinan sefikrah inshaAllah menjamin kebahagiaan. letakkan setinggi tawakal pada Allah dlm menentukan jodoh..cintailah Allah sepenuhnya sebelum berani2 meletakkan secebis ruang utk cinta kepada makhluk..

    ReplyDelete
  4. Yang menjamin kebahagiaan adalah Allah.
    Apabila seiman, niat benar semata kerana mengharap Redha Allah, insyaAllah bahagia dunia wa akhirat.

    Sefikrah, tapi jika niat bukan kerana Allah.. boleh jadi kucar kacir juga. Tapi, walau macam manapun, tetaplah lebih baiklah sefikrah dari lain2 fikrah.

    ReplyDelete
  5. perkahwinan sefikrah...belum menjamin bahagia jika tidak didasari kefahaman...
    rumah tangga mana yang tidak dilanda badai walaupun sefikrah...
    jadi untuk selamat pilihlah yang sefikrah...
    dan untuk bahagia pilihlah untuk memahami pasangan dan menerima kekurangan kerana diri sendiri belum sempurna...
    hanya yang melalui merasai memahami....

    ReplyDelete
  6. ada logiknya apa yg dikatakan oleh semua, rata2 menyarankan utk menikah dgn sefikrah.. ermm... yg penting masing2 memahami tabiat jantian pasangannya.. men are from mars, women are venus...

    ReplyDelete