Thursday, August 12, 2010

kenapa tidak aku ???

Satu message aku terima dari seorang rakan mengenai sahabat kami telah ditimpa kemalangan petang tadi. Keadaan mereka agak kritikal dan telah menyebabkan sahabat kami telah ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). Bulan lepas, kami dikejutkan mengenai sahabat kami yang berada di sarawak yang telah terlibat dalam kemalangan buat kali kedua dan telah menyebabkan kakinya patah ditempat yang sama seperti kemalangan yang pertama berlaku.

Kenapa mereka diuji sebegini hebat? Kenapa tidak aku ? Adakah kerana Allah tidak mahu memandang ku? Adakah Allah murka pada ku.

Orang yang beriman akan selalu di uji. Antara tanda Allah cintakan seseorang adalah Allah akan bagi ujian kepada mereka. Kenapa tidak aku? Ya Allah, aku bukan mengharapkan Kau menguji ku seperti Kau menguji sahabat ku, tetapi , aku mengharapkan perhatian Mu terhadapku. Adakah aku tidak layak diuji oleh Mu ya Allah? Adakah ujian yang aku terima hanya sekadar demam dan pening kepala?

Semakin besar ujian seseorang, Allah akan menaikkan mereka kedarjat yg lebih tinggi, jika mereka berjaya mengharungi nya.

Ya Allah, jika aku akan diuji oleh Mu, Kau tingkatkan iman aku ya Allah. Kau benarkan aku mengharunginya dengan sabar dan tabah. Kau jadikan Aku redha dengan segala Ujian Mu ya Allah. Aku hanya megharapkan redha Mu dan kurniakan aku nikmat Syurga mu Ya Allah......

5 comments:

  1. salam..
    afwan akh, boleh ke minta diuji??
    adakah nanti tergolong hamba yang tidak bersyukur??
    masakan tidak, nikmat yang diberikan tidak aplikasi sebaiknya dan meminta yang lain...

    hanya lontaran pendapat... yang jelas ia bisa ditolak

    ReplyDelete
  2. jangan...jangan... tak elok. mengadu benda2 tak baik kepada ALLAH, such as "Kenapa tidak aku ? Adakah kerana Allah tidak mahu memandang ku? Adakah Allah murka pada ku.".

    ber'husnu zhon' lah kepada ALLAH. sesungguhnya ALLAH berada pada prsangkaan hamba-NYA. jika bersangka baik, maka baiklah.

    ReplyDelete
  3. Allah akan menguji seseorang itu mengikut kemampuan hambaNya, beristighfarlah akhi.... wajar untuk kita bersedih, tapi usahlah meratap..

    ReplyDelete
  4. jangan dipinta dipercepatkan ujian..InshaAllah kelak ujian itu bakal menimpamu..saat itu adakah mampu kita menerima ujian??

    mungkin cuculebai teramat sedih..lain kali jangan begini lagi ye..

    ReplyDelete
  5. jzklh semua..sbnr nya ana buat artikel ni bukan utk ana, tapi utk seseorang...

    ReplyDelete