Friday, November 19, 2010

Hebatnya Hajar..

Hajar adalah satu nama yang tidak asing lagi dikalangan umat islam. Lagi2 lagi, nama ini sering kali disebut oleh penceramah2 sepanjang bulan zulhijjah ini. Nama yang cukup sinonim dengan pengorbanan seorang ibu dan seorang isteri. Cuba kita bayangkan, seorang isteri di tinggalkan seorang diri bersama anaknya Ismail a.s di satu gurun yang tandus. Tidak punya apa-apa. Hajar dan Ismail ditinggalkan oleh Ibrahim atas perintah dari Allah.

Walaupun ditinggalkan cukup lama oleh Ibrahim, tapi, Hajar berjaya mendidik Ismail supaya tidak membenci ayahnya Ibrahim. Walaupun ditinggalkan oleh ayahnya, Ismail masih lagi taat dengan perintah Allah, hatta telah menjadi seorang anak yang soleh dan seorang Rasulullah. Begitulah betapa hebatnya didikan dan tarbiyah seorang isteri yang bernama Hajar. Begitulah sewajarnya tugas seorang isteri yang telah dididik dengan tarbiyah islam, menjadi seorang ibu yang akan mentarbiyah anak-anaknya sewaktu ketiadaan suaminya.

Tapiiiiii, itu kisah Hajar,Ismail dan Ibrahim... Bagaimana pula dengan kita? ini mungkin pemerhatian aku yang masih bujang dan tidak pernah mengetahui liku2 hidup berkeluarga.

Pernah dulu seorang ikhwah memberitahu aku,katanya,"kalau kita nak tengok komitment seseorang ikhwah tu, kita tengok komitment dia selepas dia bernikah".. kenapa ye???

Kalau waktu bujang tu, memang la boleh komitment yang mantap.. Takda beban yang ingin dipikul. Hidup nafsi-nafsi je. Tapi, bila dah nikah, baru tau langit tu tinggi tau rendah..hehe..

Tapi kenapa selepas bernikah, kebanyakan komitmen ikhwah didalam dakwah menjadi semakin kurang? adakah silap zaujah? ataupun, si ikhwah tu memang tengah melemah. Ada sahaja berbagai alasan yang diberikan. Disinilah peranan seorang zaujah untuk menjadi pendorong kepada zauj untuk bergerak aktif didalam dakwah. Biasalah, manusia, memang ada kalanya jadi malas.. Kena ada orang yang menguatkan dan mendorongnya semula untuk jadi aktif... Aku sendiri tidak tahu kenapa kebanyakan ikhwah semakin kurang komitmen selepas nikah, sebab aku sendiri tak nikah lagi. So,aku tak nak komen banyak..Takut ada yang tersinggung.. Apa yang aku ingin nyatakan disini adalah, tugas seorang zaujah yang sepatutnya menjadi pendorong kpd seorang zauj untuk aktif berdakwah..Jangan biarkan zauj hanya melepak sahaja dirumah TANPA berbuat apa2.

Aku memohon kepada Allah supaya dikekalkan kekuatan dakwah yang aku perolehi ketika bujang ini sehingga aku telah menikah nanti..Risau juga hati ini, kalau hanya tau kritik dan komen orang je.. Aku memohon kepada Allah juga semoga di kurniakan aku seorang zaujah yang akan menjadi pendorong dan penguat kepada aku untuk terus aktif dalam dakwah..

6 comments:

  1. esok kot ana nak nikah..hehe.. lamo lagi la..tunggu jo..

    ReplyDelete
  2. seringkali dalam perkahwinan para Da'ie seseorang ikhwah itu mengharapkan akhawat begitu juga akhawat dalam mengharapkan ikhwah, sebab apa.. kerana inginkan keberlangsungan tarbiyah dan dapat memberi komitmen yang baik dalam dakwah abadan-abada.. krana tarbiyah itu jalan menuju Allah.. krana dakwah itu silah sambungan perjuangan baginda.. begitu juga Daie, mudah2an dengan perkahwinan, diredhai illahi seterusnya melahirkan zuriat yang menjadi penerus dakwah nabi..

    ReplyDelete
  3. antum pernah dengar perkataan metamorfosis ? Ia adalah proses perubahan ciri serangga dari telur hingga dewasa. Kita juga begitu.

    Halangan kita berbeza apabila kita memasuki usia bayi, anak sekolah, remaja, dewasa dan orang tua.

    nikah juga halangan berbeza berbanding waktu bujang. Secara alaminya, di awal pernikahan pasangan baru sedang beradaptasi dgn halangan baru yg berbeza dr waktu mrk bujang sehingga terkadang memperlahan langkah dakwah yg dahulunya melaju.

    dalam fasa tersebut, mrk cuba mencari rentak baru agar dakwah tetap melaju disamping tanggungjawab baru yang kian bertambah. mungkin lambat dan mungkin cepat mereka belajar menghadapi dunia baru yang penuh dgn tanggungjawab.

    ReplyDelete
  4. InshaAllah semoga mendapat zaujah yang juga menjadi penguat di atas jalan ini.saling kuat menguatkan.
    jaga zaujah a.k.a akhwat ana itu elok2 kelak.

    ReplyDelete