Thursday, November 25, 2010

Nasihat Seorang Abang...

Ini merupakan isi kuliah subuh yang akan disampaikan kepada semua peserta JAMBORI JOHOR 2 yang akan diadakan pada 26-28/11/2010 bertempat di Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Program ini akan dihadiri oleh pelajar2 sekolah di sekitar Johor dan akan diselia oleh bekas pelajar2 IPTA di Johor dan luar negara. Anjuran KRIM Johor. 






Adik2 yang abang hormati dan kasihi sekalian..


Saban hari, kita dikejutkan dengan pelbagai cerita yg sungguh tidak enak utk didengari yg berkaitan dengan remaja. Saban hari juga, kita dikejutkan dengan kes2 pembuangan anak dan janin yg dilakukan oleh pelajar perempuan, manakala, kes2 samseng jalanan, ragut, rogol, samun dan sebagainya pula dilakukan oleh pelajar lelaki. Yg kebanyakannya adalah terdiri dari bangsa Melayu. Kenapa semua ini berlaku? 


Adakah salah didikan dan kurangnya kasih sayang dari ibu bapa? Mungkin...
Adakah disebabkan pengaruh rakan sebaya? Mungkin juga...
Pengaruh TV ( the stupid Black Box) ? Boleh jadi...


Tapi, bagi abang, punca utama semua masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh remaja melayu kita tidak punya jati diri..mudah terpengaruh dgn rakan2....Tidak punya prinsip hidup..Tidak punya hala tuju dalam kehidupan..Dan, Ramai yg tidak tahu akan kewujudan hari akhirat.. Nak masuk syurga @ neraka???? Jika semua ini tiada, ia akan menyebabkan segala macam kerosakan yg akan dilakukan oleh golongan remaja...Di sini kita akan berubah..Jika tidak disini, bila lagi? Jika tidak hari ini Bila lagi?






Bagaimana nak Mempunyai Jati Diri? 


Nak mempunyai jati diri memang ada pelbagai cara dan pelbagai pendekatan. Contoh, tentera dilatih untuk mempunyai jati diri dan disiplin yang tinggi adalah dengan dilatih melalui kekerasan dan hukuman yang berat. Tapi, kesannya, tidak semua yang mampu untuk bertahan dengan cara begitu, dan kebanyakannya akan memberontak dan menjadi dendam dikemudian hari. 


Sebagai seorang muslim, islam telah mengajar kita bagaimana untuk mempunyai jadi diri dan memantapkannya. Salah satunya adalah dengan menghayati sembahyang. Bagi saya, amalan melakukan sembahyang perlu disertakan dengan kesedaran bahawa sembahyang bukan setakat menunaikan tuntutan Allah semata-mata, tetapi berkaitan juga dengan pembentukan peribadi mulia seseorang insan. Hukum sembahyang yang Wajib adalah hak Allah yang mesti ditunaikan, tetapi hukum-hukum yang Sunnat dan Makruh adalah hak manusia (atas autoriti Allah) memilih sama ada untuk melakukannya atau tidak.


Hukum Sunnat dalam sembahyang, saya percaya berkaitan dalam proses pembentukan peribadi manusia. Satu contoh, dalam bab sembahyang ada hukum yang menyebut 'Makruh sembahyang di laluan'. Makruh bermaksud tidak digalakkan. Terpulanglah kepada anda mentafsirkan 'laluan'. Bagi saya hukum ini baik untuk diambil i'tibar. Isunya, jika sembahyang di laluan, akan menyukarkan orang untuk lalu-lalang. I'tibar dari hukum ini ialah jangan membuat sebarang halangan yang menyukarkan orang lalu-lalang. Dalam hidup bermasyarakat, boleh diambil contoh-contoh yang selalu kita lihat. Cuba fikirkan, bagaimana kita meletak kenderaan, menghalang atau tidak. Bagaimana cara kita meninggalkan selipar atau kasut di depan pintu, menyukarkan orang keluar masuk rumah atau masjid atau tidak. Jika kita berdiri berbual di kaki lima, meletakkan barangan kita, adakah menyusahkan orang lain yang lalu-lalang. Pendek kata jika hukum ini dijadikan i'tibar untuk kehidupan kita, maka umat Islam adalah golongan umat yang berperibadi mulia. Banyak lagi hukum-hukum Sunnat dan Makruh dalam sembahyang yang boleh dijadikan i'tibar dan panduan hidup kita sama ada berkeluarga atau bermasyarakat. Ini hanya satu contoh sahaja. 

Allah berfirman didalam surah al-ankabut ayat 45 yang bermaksud..Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.



Jadi, dengan solatlah segalanya dapat diubah.. Jika peribadi kita tidak dapat diubah, maka, kita perlu mengubah cara dan penghayatan solat kita.. Begitulah betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita sehingga, perubahan seseorang bergantung sejauh mana penghayatan seseorang didalam solat..









No comments:

Post a Comment