Thursday, June 24, 2010

"PASUKAN TRONOH"...dalam kenangan

  Assalamualaikum kepada semua sekalian.. ini hanya sekadar analisis ana sahaja. Harap boleh berlapang dada (hehe, sedap je suruh org berlapang dada).... mintak baca sampai habis dahulu....

   keputusan piala dunia 2010
PERANCIS (1) VS  (2) AFRICA SELATAN
ITALI          (2)  VS  (3) SLOVAKIA

  Mesti kalian ingat lagikan yang Perancis merupakan naib juara piala dunia 2006, manakala Itali pula adalah juara piala dunia 2006... Apa yang menariknya, edisi piala dunia 2010 ini, Itali dan Perancis tidak layak untuk memasuki pusingan kedua, bahkan telah dimalukan oleh pasukan yang tak kuat dan kerdil terutama sekali pasukan Slovakia. Perancis dan Itali telah dibarisi pemain-pemain yang bergelar bintang. Tapi, ternyata mereka sangat menghampakan serta mempunyai corak permainan yang sangat teruk. Berlagak 'star' je lebih mereka ni....

   Memang tu la hakikat dunia ini, biasanya pasukan yang kerdil dan tidak ternama mempunyai semangat dan semangat juang yang tinggi. Mereka semua berjuang bukan untuk nama, tapi mereka berjuang untuk mendapatkan kemenangan. Pangkat, populariti, dan sanjungan masyarakat bukan menjadi tujuan utama, tetapi, kemenangan serta dapat mengangkat nama negara mereka kemata dunia adalah agenda mereka. Walaupun, mereka pasukan kecil, tapi jangan dipandang remeh....

Apa kaitannya dengan dakwah????

Masih ingat lagi dengan 'Pasukan' yg telah dibentuk di madrasah tronoh ? sebuah 'pasukan' yg kecil, tetapi mempunyai keahlian dan pemain yang sungguh bersemangat. Tidak pernah kenal erti letih. Walaupun 'pasukan' kecil, tetapi mereka telah menggemparkan 'pasukan2' yang jauh lebih besar dan sudah lama wujud. 'pasukan2' yang sudah lama wujud itu bukan tidak pernah menggunakan tektik yang digunakan oleh 'pasukan tronoh', bahkan, mereka juga mempunyai pemain2 dan jurulatih yang cukup hebat dari segi tektikal dan sumber kewangan yang sangat stabil. Bukan susah pun, apabila mereka mahu adalakn latihan ketempat yang jauh, tak perlu keluar duit pun, hanya perlu klim je dgn 'pasukan' mereka. Akhirnya, mereka menghasilkan pelapis dan pemain yang malas nak berinfak dan hanya tau klim je.... Jika mereka merasakan yang 'pasukan' kecil ini semakin hebat permainannya dan semakin disanjung oleh masyarakat, habis segala fitnah dikeluarkan untuk meraih kembali sokongan masyarakat terhadap mereka.

Macam mana 'pasukan tronoh' ini boleh menghasilkan pemain2 yang sungguh bersemangat?  Pasukan ini telah dipimpin oleh seorang doktor, bahkan tiada 'lesen' pun nak kemudi sebuah pasukan. Tetapi, disebabkan semangat nak mengembalikan kegemilangan dakwah di malaysia ini, dia telah membentuk jiwa2 muda dan telah melatih pemain2 dengan pelbagai tugas yang sukar. Mana tidak nya, mereka lah pemain,merekalah 'kerani, merekalah 'akauntan', merekalah juga 'tukang buat air'. Akhirnya, si 'pengurus' itu mampu menghasilkan dan membentuk pemain yang mampu melakukan banyak perkara diusia muda. Setiap kali mengadakan latihan dan bermain dimerata tempat, bukan mereka dapat gaji atau elaun pun, bahkan mereka pula yang terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan. Alangkah seronoknya berada didalam pasukan ini.

"baik awak semua ikut 'pasukan' kami, 'pasukan' kami diiktiraf oleh 'FIFA'.." pujuk seorang ustaz yang merangkap pengendali 'pasukan' lain.
"maaf la ustaz, kami selesa memilih pasukan yang mendapat talaqi langsung dari mesir" ujar 'captain' kami.
"apa !! 'pasukan' itu tidak diiktiraf. dan...........bla........(fitnah)" sambung ustaz tu...
"x pe la ustaz..bukan masuk neraka pon, sekurang-kurangnya, x da lah mereka memfitnah orang lain...." jawapan yg selamba dari 'captain' kami...

Itulah realiti semasa. Membeli pemain dengan memfitnah 'pasukan' lain.

Seperti permainan bola yang sebenar. Pasti akan ada musim perpindahan pemain dari satu pasukan ke pasukan yang lain. Ada yang berpindah disebabkan kontrak sudah tamat, ada juga yang berpindah kerana dibeli dan ada juga yang berpindah kerana sudah tiada ketidak fahaham lagi dengan pihak pengurusan. Tidak kurangnya juga yang meminta untuk bersara awal. Begitu juga dengan dakwah, ada yang sentiasa bertukar jemaah kerana sudah bosan dengan jemaah yang mereka sedang ikut, ada juga yang berpindah kerana cuba mencari perubahan dan ada juga yang berpindah kerana telah mendengar fitnah yang dilemparkan oleh pihak luar yang tidak senang dengan kejayaan orang lain dan cuba untuk 'MENCURI' hasil didikan orang lain. Itulah realiti yang berlaku.......

Begitu juga dengan kami, perpindahan kami ingin mencari pembaharuan kepada 'pasukan' kami. Perpindahan ini ingin mencari pembaharuan dan menyertai 'pasukan' yang sudah kukuh dan mempunyai sistem yang baik. 'Pasukan' yang baru kami sertai ini mempunyai jurulatih dan pihak pengurusan yang mempunyai 'LESEN' dan kepakaran yang sangat2 kami tagih selama ini. Segala ilmu dan pengalaman yang kami perolehi di 'pasukan tronoh'  akan kami serap dan amalkan kedalam 'pasukan' baru kami. Pengorbanan, komitmen yang tinggi dan tidak akan memberi alasan didalam apa jua situasi merupakan pelajaran dan tarbiyah yang baik yang telah kami perolehi dahulu... Kepada pihak pengurusan lama kami iaitu 'pasukan tronoh', ingatlah, perpindahan kami ini kerana kami cintakan kalian dan kami sayangkan kalian. Hanya ini yang kami mampu lakukan. Doakan perjuangan kami....

"komitmen dalam dakwah adalah dengan banyak mencari jalan untuk memperkuat dan hadir program dakwah, bukannya dengan mencari alasan dalam tidak melaksanakan perintah dakwah.....Andaikata jalan yang dicipta tidak berhasil, Ingatlah, Allah melihat usaha dan pekerjaan kita.." (Dr Abu Muhammad )

13 comments:

  1. ya akhi. artikel yang baik utk muhasabah. pertama kali baca analogi pasukan bola sepak nih. semangat piala dunia gamaknya. :)

    mudah2an kita terus tsabat di atas jalan yang kita pilih dan berlapang dada dengan pasukan bola yang lain, kerana matlamat utamanya kan sama. utk menjaringkan gol. cuma mungkin strategi permainan yang berbeza.

    dan mudah2an kita dapat menjauhi sikap ekstrim dan fanatik buta, melainkan hanya fanatik kepada quran dan sunnah.

    ReplyDelete
  2. biarlah kisah fitnah tu terkubur wataknya, kerana dia juga manusia lemah seperti kita, sering alpa dan tersilap, namun jangan sesekali melupakan sejarah.... orang yang melupakan sejarah mengulangnya kembali

    prooot....
    cucur lebai, kentut lagi

    ReplyDelete
  3. sejarah memang suatu yang kadangkala harus terus diingat supaya ia menjadi pelajaran dan keinsafan buat insan yang memahaminya.

    jadikan pedoman untuk kita terus tekad berjuang demi Islam dan ingatlah,

    "mana mungkin antum akan dapat perkara yang bernilai tanpa ada pengorbanan", kata Dr Abu Muhammad.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. pasukan tronoh selamanya akan dikenang sejarah..tercatit dengan tinta emas sumbangan yang tak ternilai dengan kata bicara..

    Tentang 'lesen', nak main bola tak perlu lesen, asal punya jurulatih terlatih, punya pengalaman, punya tekad dan azam, format dan percaturan yang betul, insya Allah jadi pasukan terbilang, bila dan mantap, nanti pasti ada orang offer 'lesen' masuk world cup...

    Selamat berjuang pasukan tronoh dan pasukan baru bergabung. Allah bersama dengan tentera-Nya..

    ReplyDelete
  6. erkkk..tak tau nak coment aper..
    aper ponnn masih rindu untuk berjumpa dengan jurulatih pasukan tronoh tue..
    dan bagi ana, pasukan tronoh ni ibarat sebuah akademik, melahirkan ramai kader yg mantap.. dan kader yg mantap nie semmgnya perlu keluar ke medan yg lebih besar lagi..

    ReplyDelete
  7. menarik analogi ini..2 thumbs up !!

    ReplyDelete
  8. ya Allah berilah klapangan kepada jiwa2 kami y mahukan y terbaik bagi dakwah dan kehidupan kami...

    ReplyDelete
  9. rindu utk mndgr pengisian doktor 'pasukan tronoh'...YA ALLAH,luruskanlah hati kami dalam meniti jalan dakwah ini....

    ReplyDelete
  10. alhanun + eton90 : bersama kita ~ InshaAllah !!

    ReplyDelete
  11. pengisian 'doktor' sangat terkesan dan membekas seawal tarbiyah sehingga kini.

    moge terus thabat di atas jln yg diredhaiNya,amin

    ReplyDelete
  12. Best artikel antum ni akhi. Baru hari ni berkesempatan baca. Nak copy & paste boleh?

    ReplyDelete