Tuesday, June 22, 2010

KATA DAH BERUBAH ?? TAPI TAK MASIH TERUK....

"dah solat lum?" aku bertanya adik perempuan ku Hurul,
"belomm" dengan selamba dijawab oleh  Hurul.
"dah pukul berapa ni ? pergi solat !! jap lagi aku letup tv tu". aku memarahi Hurul.
mama hanya memandang dari dapur perbuatan aku terhadap adikku Hurul.

"ni sorang lagi, malam2 keluar, siang tersadai depan tv. Pergi solat!! dengan kau pon aku libas nanti". aku memarahi seorang lagi adik lelaki aku, Omi.

"kau ni along, cuba cakap elok2 dengan adik-adik, " mama menegurku. " kau cakap kau dah berubah, tapi mama tengok kau ni macam dulu lagi, cakap tak pernah nak sopan, asyik buat orang sakit hati je, jangan ingat kau dah cukup baik sangat sampai kau nak hina adik2." sambung mama lagi. Perkataan 'kau' memang sudah biasa digunakan kami di rumah, nak buat macam mane, mama orang melaka, kasar sikit bahasa nya, tapi mama orang yang lembut.

Aku tersentak dengan kata2 mama tadi. Sedikit sebanyak ia telah membuatkan ku terdiam berfikir sejenak. Apakah tarbiyah yang ku terima selama ini sia-sia? Bukan sekali aku di tegur, bahkan banyak kali.

"akhi, ana lihat anta ni, kalau cakap dengan ikhwah, kasar sangat. Nanti ikhwah kecik hati pulak" tegur akhi zainal......

    kalau diikutkan hati ni, nak je aku keluar halaqah, asyik kena tegur je dengan ikhwah dan family. Rasa diri ni tak layak dan hina pulak dengan teguran mereka. Aku takut, kalau aku terus duduk dalam dakwah ni, nanti aku akan membawa budaya yang tidak baik kepada semua ikhwah. Itu lah perasaan yang sering bermain difikiran aku tiap kali ditegur.

"kau ni hanya pandai tegur orang je, tapi diri sendiri masih teruk" tegur seorang classmate kepada aku. Wah, makin berapi hati ni.

    Usai solat zuhor, aku duduk bermuhasabah diri di surau kolej ku.Teringat tazkirah seorang akh yang menceritakan kisah amirul mukminin Umar al khattab.(ceritanya lebih kurang macam ni lah. tak tepat sangat) ..Pada suatu hari, apa bila Umar sedang berjalan melihat rakyatnya, tetiba, ada seseorang yang menegur Umar dgn berkata, "bertaqwalah kamu kepada Allah wahai Umar". Seorang sahabat yang mengiringi Umar bingkas marah dengan sikap orang tu yang sungguh berani menegur Umar sebegitu. Lantas dia meminta kepada Umar untuk memancung orang tersebut. Umar lantas memarahi semula sahabatnya itu dan membenarkan kata-kata orang yang menegurnya itu. Umar mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menegurnya tadi.
  
    Ini lah sikap seorang amirul mukminin ,apabila ditegur tatkala tidak melakukan apa2 kesalahan, dia menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Bahkan boleh lagi memaafkan  orang tersebut. Ini lah sikap yang ingin kita terapkan kepada semua orang yang telah ditarbiyah dengan tarbiyah islam. Sikap berlapang dada dan menerima teguran dengan hati terbuka ini yang islam ajarkan kepada kita.

    Jangan mudah melatah apabila ditegur walaupun kita memang tidak melakukan apa2 kesalahan. Cuba kita muhasabah kembali diri kita, tanpa teguran yang dilakukan, sudah pasti banyak kesilapan-kesilapan yang akan kita lakukan. Segala teguran yang kita dapat dari seseorang mengambarkan dia sayangkan kita. Berfikir secara positiflah terhadap teguran tersebut.

   Apa yang aku alami tidak mematahkan semangatku untuk terus berdakwah terutama sekali kepada keluarga ku. Adapun sikap mereka tidak menerima dakwahku bukan disebabkan oleh mereka sendiri, tetapi, ia disebabkan oleh aku yang terlalu cepat ingin meraih hasilnya. Sikap tegas dan garangku adalah kerana aku ingin cepat melihat mereka menerima tarbiyah islam. Itu merupakan cara yang bagi ku tidak tepat terhadap keluargaku. Bagi ku, ini merupakan suatu kebaikan kepada ku untuk aku terus berdakwah kepada keluarga ku dengan kesabaran dan penuh hikmah. Dengan sedikit kesabaran ku ini, aku berjaya untuk menarik seorang adik ku untuk menerima tarbiyah dan dia sedia untuk berubah. Aku masih ada 4 orang adik lagi yang wajib aku dakwahi. Doakan kejayaan berdakwah kepada keluargaku ini.

1 comment:

  1. kadang2 itulah bentuk ujian yang ALLAH datangkan utk orang yang nak berubah, agar perubahan diri ikhlas kerana ALLAH, bukan kerana murabbi, bukan kerana ikut2 ikhwah, bukan kerana nak tunjuk kat orang, etc.

    dan teguran dari manusia mungkin adalah teguran dari ALLAH jua, yang melihat kelemahan diri kita yang tidak kita sedari...

    ReplyDelete