Sunday, June 27, 2010

CUTI..Apakah kesudahannya???

Assalamualaikum semua. Cuti semester hampir melabuhkan tirainya kurang dari dua minggu. Sebelum cuti semester bermula dahulu, ramai yang menanamkan azam dan perancangan untuk diri sendiri dan keluarga. Ada yang merancang untuk menambahkan pengetahuan agama, membaca buku2 dakwah dah harakah, menghafal al-quran, dan banyak lagi perancangan yang telah dirancang sebelum cuti semester bermula. Masih ingat lagi perancangan anda????

Apa sudah jadi dengan segala perancangan yang telah direncanakan sebelum ini? adakah kita melakukan semua perancangan itu, ataupun hanya melakukan separuh sahaja, ataupun ia lansung tidak dilakukan. Jika ia tidak dilakukan, dimanakan silapnya? apa yang telah kita lakukan sepanjang cuti semester kali ini? Bagaimana dengan muhasabah ibadah kita (mutaba'ah ibadah). Adakah ibadah yang kita lakukan mempunyai kualiti yg sama seperti ketika kita berada dikampus, ataupun lebih baik lagi? Ataupun juga kualitinya lebih buruk dan teruk lagi?

Jika ketika dikampus dahulu, kita akan sering memberi alasan kesibukan belajar,kuliah, assignment, dan ujian sebagai hambatan untuk melakukan (wajibat seorang al-akh/ukht). Kita akan mengatakan yang kita tidak punya cukup masa untuk membaca quran disebabkan kuliah sangat padat.Kita juga akan memberi alasan kerana tidak sempat melakukan qiamulail dan solat subuh berjamaah di awal waktu kerana kita tidur lewat menyiapkan tugasan dan study. Tapi itu semua di kampus.

Sekarang kida telah berada dirumah. Tidak ada assignment yang diberikan, tidak ada homework, dan tidak ada ujian yang diberikan oleh pensyarah kita. Tapi kenapa kualiti ibadah kita masih teruk dan menghampakan? apa yang telah kita lakukan sepanjang cuti kali ini? apa yang telak kita lakukan dalam masa 24 jam dalam sehari dan 7 hari dalam seminggu? bagaimana dengan segala hafalan hadis 40 dan hafalan quran kita? adakah telah menampakan peningkatan????

Tepuk dada tanya iman. Segala perubahan adalah bermula dengan diri kita sendiri. Kita yang akan merubah sikap kita, dan bukannya orang lain yang akan merubah sikap kita. Jangan menyalahkan persekitaran kita diatas segala kemalasan kita. Ingatlah wahai pemuda, JIKA KALIAN TIDAK DAPAT MERUBAH DIRI DAN SIKAP KALIAN, NESCAYA UMAT INI JUGA TIDAK AKAN MAMPU DIUBAH OLEH KALIAN.. JADILAH GENERASI PENGANTI, DAN BUKANNYA GENERASI YANG DIGANTI...

5 comments:

  1. terkesannya baca post ni...bila check semula, mmg byk perencanaan sblm cuti tu yg xterlaksana..hanya beberapa perencanaan sahaja yg sempat terzahirkan....teruskan menulis...best sume post2 anda...inshaAllah byk roh dakwah...

    ReplyDelete
  2. terima kasih.. doakan semoga istiqomah dlm menulis dan tidak hanya menulis, tetapi beramal

    ReplyDelete
  3. salam..
    hehe..ana laa orang yer yg kat ats tue..
    isk2 teruk2.. makin duk umah lagi teruk..
    tugasan time cuti pon hampeh..
    padahal dah nak naek u dah minggu nie..adei!!

    ReplyDelete
  4. salam
    btol2
    kita yg boleh ubah dri kita
    bukan org lain
    mohon kekuatan padaNYA,

    ReplyDelete
  5. salam..

    waduh2..tulisan yang menghiris hati..huhu..syuran atas penulisan yang bermanfaat ini..

    p/s : sape suruh plan tp tak buat..kihkih..

    ReplyDelete