Monday, July 12, 2010

SURAT SEORANG MUROBBI...

assalamualaikum...

Kehadapan ikhwah yg ana kasihi sekalian. Surat ini ana tujukan kepada antum selaku teman seperjuangan ana amnya, dan sebagai mutarobbi ana khususnya. Tujuan ana menulis surat ini adalah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ana selama ini. Ana harap antum tidak terguris hati atas apa yang akan perkatakan ini. Ana bukanlah orang yang layak untuk menasihati antum kerana ana juga sering melakukan kesilapan, tapi ,ana perlu juga menyatakannya selaku seorang murobbi.

akhiku....

Ana bersyukur kerana kita masih lagi dipertautkan hati oleh Allah diatas jalan ini.Ukhwah yg terbina atas taqwa dan iman ini telah banyak membantu dan mengajar ana erti mengenal Allah.Tapi akhi, Semakin lama kita berada dijalan ini, semakin banyak kita akan diuji. Sebagai seorang muslim, itulah yang akan kita harungi. Itulah sunnahtullah. Kita pasti akan diuji. Ada kalanya kita akan diuji dengan pelbagainya sikap ikhwah. Ada juga akan diuji dari sudut akademik, dan tidak kurang juga diuji dengan kemewahan. 

akhi yg ana sayangi...

Ana rasa sangat sedih dengan sikap antum. Ana menghabiskan masa ana untuk bersama-sama mentarbiyah antum. Tapi, ana lihat antum semacam tidak bersungguh-sungguh pula untuk ditarbiyah. Ana bukan mahu menggungkit semua yang telah ana beri, tetapi, ana rasa macam sia-sia je yg ana buat untuk antum. Ana tahu ana bukanlah seorang murobbi yang terbaik untuk antum. Sememangnya ana tidak layak untuk mentarbiyah antum, tapi, antum adalah amanah yang telah ikhwah serahkan kepada ana untuk ditarbiyah. Dimanakah silapnya? Jika ana yang silap, Maafkan ana.

Teguran ana ini ana dasarnya dan bukannya semberono je. Cuba antum ingat kembali apa tugasan yang ana bagi pada waktu cuti semester lepas. Ada antum buat? Tugasan yang ana bagi adalah sangat mudah. Cuma perlu sms pada ana Mutaba'ah ibadah (follow-up ibadah) yang antum buat. sms kurang dari 5 sen je. bermacam-macam alasan diberi. Tiada kredit la, hp rosak la dan byk lagi. Bila ana msg antum, sorang pon tiada yang respon. Ana msg tanya antum bile balik kampus, antum tak jawab. ana tanya bilik antum dimana, antum tak balas, ana call, antum tak angkat. Kenapa akhi, apa sebenarnya masalah antum? Orang yang ditarbiyah sepatutnya tidak akan memberikan banyak masalah kepada ikhwah lain. Tapi antum macam sengaja memberi masalah kepada ikhwah.

ikhwah fillah sekalian....

Kita sudah berukhwah sangat lama. Sering tidur, makan dan bermusafir bersama. Sudah bertahun-tahun kita berukhwah. Tapi, kenapa apabila ada orang menyebarkan fitnah terhadap ikhwah kita, terhadap jalan yang kita ikut bersama-sama ini, antum terus sahaja percaya tanpa tabayyun (analisis dan pastikan) dahulu. Padahal antum baru sahaja mengenali orang tersebut. Kenapa akhi ????? Seolah-olah antum menganggap kami ini hina sehina-hinanya...

Jalan dakwah ini memerlukan orang yang berkomitmen. Orang yang bersedia untuk korbankan diri, masa, jiwa dan harta untuk menegakkan kalimah tauhid. Antum berada didalam soff ini adalah hidayah dari Allah. Setiap zarah tidak akan bergerak, melainkan atas perintah Allah. Begitu juga antum, dipilih untuk berada di soff ini atas kehendak Allah. Pasti ada kelebihan yang ada pada antum yang Allah nak antum bantu dakwah.

Jika antum tidak mampu untuk meletakkan komitmen kepada dakwah 100%. Letaklah berapa yg antum mampu. Yang penting, antum sudi bantu dakwah. Dakwah ini bukannya tempat yang ekslusif, tempat orang yang terpilih sahaja, tapi , ia sebuah jamaah yang inklusif. Semua orang layak masuk untuk menyertainya.


Akhir kata dari ana akhi, antum kena kuatkan semangat antum. Jangan sesekali berasa lemah disebabkan ujian2 yang kita boleh hadapinya. Ana harap antum boleh tsabat dijalan ini. wallahua'lam....


yang benar,

lagenda cuculebai

6 comments:

  1. wah! akhi ipin copy utk sebaran...

    ReplyDelete
  2. Kemungkinan ke'tsiqah'an anak halaqah kpd kita (para murobbi) telah berkurang.Imam Syahid berkata: Yang saya maksudkan dengan "tsiqah" adalah rasa puasnya seorang perajurit terhadap komandannya dalam hal kemampuan dan keikhlasan; dengan kepuasan mendalam yang dapat menimbulkan rasa cinta, penghargaan, penghormatan dan ketaatan. Tanya diri kita, adakah selama ini anak halaqah kita benar2 cintakan kita? Jika tidak, bermuhasabahlah dgn apa telah kita lakukan sblm ini yg menyebabkan mereka tidak tsiqah/cinta dgn kita.

    ReplyDelete
  3. boleh je nak copy..tp jgn letak name ana sudah lah.. para murobbi kena jg muhasabah diri...

    ReplyDelete
  4. salam....alamak akh...terasa smpai ke qalbu la..mntap2 :D

    ReplyDelete