Wednesday, June 23, 2010

alif lamm mim raa...ALMARI ?

ketika di Matrikulasi n9 dahulu...........

Hazim baru pulang dari kuliah. Tapi dia agak pelik sikit hari ni. Masuk-masuk bilik je, terus tersengeh macam kerang busuk.
"apahal kau tersengeh-sengeh ni zim?"aku menyapa hazim.
"tadi aku ada kelas pendidikan islam. Biasalah, 2 minggu sekali, 3 orang pelajar kena mengaji depan ustaz Nasir."luah Hazim sambil tersengeh-sengeh lagi.
"la tak kan kena mengaji pun ko nak tersengeh-sengeh?" tanya aku kebingunggan.
"bukan sebab tu la... td ada seorang budak perempuan kena mengaji.. alif lamm miim raa. kau ingat dia baca ape?"tanya Hazim kepada aku... "mana la ku tau.."jawab aku..
"dia sebut ALMARI..haha memang sengal la budak tu" jelas Hazim sambil tergelak besar.
aku menelan air liur.." kalau aku baca agaknya sebut ape ye?" aku bermonolog seorang diri. Tapi disebabkan nak cover yang aku pun x tahu baca quran, aku pun gelak sekali.haha....

"ada x budak lain sebut MEJA ke, KERUSI ke atau Cawan? haha.. bodoh giler budak perempuan tu. Ni mesti x pernah mengaji ni" aku gelak sambil terguling-guling....

Dah puas kami gelak, aku tanya Hazim. "apasal pulak ustaz tu suruh mengaji? ada ujian mengaji ke?" ..aku ketakutan sebab aku sudah lama berhenti mengaji. Majlis membaca Surah Yasin pada hari Khamis pun aku x pergi baca, ni kan nak baca quran. Tak pernah terfikir dikepala hotak aku.

"memang kena mengaji pun dan nanti akan ada test mengaji. Kau mungkin kena semester depan sebab kau tak ambik pendidikan islam semester ni" Hazim menjelaskan kepada aku...perghhh, selamat aku semester depan. kalau x, sure malu giler aku. sempat belajar lagi ni..

"agaknya, semester depan,mesti ada lagi budak baca ALMARI, silap-silap dia baca ALTROMEN...haha" sambung Hazim sambil gelak.. aku hanya mampu tumpang gelak sekali sambil memikirkan nasib diri ku ini...
..............................................................................................................................
"Mat, aku nak mintak tolong ni. Tapi malu pulak" aku memintak pertolongan roommate aku yang sorang lagi. Mat ni budak surau dan selalu ajak aku pergi surau. Soleh la nampaknya.
"nak tolong ape? boleh je, jgn risau" sambut Mat.
"aku,aku..... nak mintak tolong kau ajarkan aku baca quran. Aku dah lama berhenti baca quran..Ada lah 5 tahun kot aku x baca langsung quran.. semester depan ada test quran, aku takut aku x dapat baca, sure malu giler aku depan awek2 solehah kat kuliah aku punya..haha" terang aku pada Mat.
"bukan ke dulu kau pernah sekolah agama dari form 1-3?" tanya Mat.. aku hanya mampu tersenyum dengan senyuman tersipu-sipu bak seorang gadis...
"la..tu je? InsyaAllah boleh. nanti kau ingatkan aku..takut lupa" terang Mat.
"ok bro"..

Itulah kenangan aku di Matrikulasi N9 dulu.. hampir setiap hari aku belajar mengaji quran dengan Mat. Kalau dia busy, Mat mintak aku belajar dengan kawan baik dia yang merangkap imam surau kolej kami. Asalnya belajar sebab nak test, tapi akhirnya, jadi seronok pulak mengaji ni. Walaupun lidah ni keras, tapi aku terus mencuba sampai boleh. Ada kala aku menangis sebab mengenangkan nasib diriku ini ketika membaca quran. Bukan sebab paham dengan quran, tapi sebab susah nak sebut huruf quran...

Tibalah saat kelas pendidikan islam semester berikutnya.. Aku bersyukur sebab, ustaz yang aku dapat ni, tak suruh kami baca quran depan kelas, tapi baca secara personal kat bilik dia. Tak da lah aku malu dengan budak perempuan kelas aku..haha

"awak sekolah mana? ada belajar tajwid?" tanya ustaz sewaktu ujian mengaji depan dia..
"sekolah teknik di kampung. belajar tajwid yang mudah2 je" terang aku nak selamatkan diri. Kalau aku bagi tau yang aku pernah sekolah agama, dia bagi ayat2 yang susah nak baca. lepas tu, sure tanya soalan tajwid yang pelik-pelik punya.. helah nak selamatkan diri...haha
..Akhirnya, aku lepas ujian dengan bangganya...

Tapi, pelajaran ku tidak terhenti untuk ujian quran di matrikulasi sahaja. Aku semakin mencintai untuk mempelajari quran. Aku memasang tekad untuk terus mempelajari quran. Antara usaha yang aku lakukan seperti membeli CD tajwid quran. aku belajr sendiri2 sambil bertalaqi dengan CD shj.

Aku menerima tawaran menyambungkan pelajaran di sebuah Universiti tersohor di selatan malaysia. Aku terus memasang tekad untuk menghadiri mana2 kelas tajwid untuk memperdalamkan lagi bacaan aku dan sempat bertalaqi dengan beberapa ustaz selama setahun. Akhirnya, aku mampu membaca sendiri dan sekarang ini, aku sudah berani untuk mengajar beberapa orang sahabat dan junior aku. Walaupun aku tak lah pandai mana nak baca, tapi sekurang-kurangnya, aku berusaha nak mengajar orang dengan ilmu yang aku pelajari. Kalau aku boleh buat, kenapa orang lain tak boleh buat? Sia-sia lah belajar quran, tapi tak nak ajar orang lain. Kalian akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. Berapa ramai budak Universiti yang tak tahu baca quran. Mereka semua malu. Kitalah yang kena mencari mereka untuk mengajar mereka. Jangan terlalu ego dengan diri kita ni. "ala, kalu dia nak belajar, dia lah yang kena datang kepada aku.. bukan aku yang datang kepada dia.."bentak seorang sahabat sekolah agama.


Aku akan meneruskan usaha ini dan aku akan memberitahu kepada mereka bahawa membaca quran amat menyeronokkan dan menenangkan jiwa. Alangkah indahnya apabila semua orang tahu, Al-quran merupakan tempat memperoleh ketenangan. Alangkah indahnya, mereka juga mengetahui, Al-quran mampu memberikan penyelesaian apabila kita memerlukan..


wassalam..
24 jun 2010
7.34 am

3 comments:

  1. "Ramai yang ada pengetahuan agama, namun tak ramai yang ada kemahuan beragama" - Ustaz Pahrol Juoi

    ReplyDelete
  2. Salam..
    cerita yg menarik n memberi pengajaran..
    moga istiqomah mengajar dan belajar..
    amin...

    ReplyDelete
  3. pengalaman orang lain sangat berharga buat diri.

    pepatah arab menyebut, "as-sa'id man wu'idza bi ghairihi." - orang yang bahagia ialah yang ternasihatkan/termotivasi dengan pengalaman orang lain (transliterasi bebas)

    ReplyDelete